test

Selasa, 20 Disember 2016

'Kalau Hanya' - Logik Ke Laut

Katakan seorang posmen suka memberi kucing makan.
Hari hari posmen itu memberi kucing makan.

Ramai orang suka tingkahlaku posmen itu dan ada yang menangkap gambar posmen itu memberi kucing makan dan , menularlah (viral) gambar posmen itu.

Tiba-tiba ada seorang pekerja kilang membuat status facebook, lebih kurangnya begini.

"Kalau hanya memberi kucing makan, posmen itu tidak menjalankan tangungjawapnya untuk menghantar surat."


CERITA BERHENTI SETAKAT INI.

Analisa pula.

Status facebook pekerja kilang itu cuba memaparkan KALAU posmen itu membuat 1 perkara sahaja, maka dia tak membuat perkara lain yang mana ianya tanggungjawap posmen itu.

Ianya sesuatu yang tak logik.

Mana ada orang buat hanya 1 perkara dan tak buat benda lain.

Tetapi, tak mengapalah sebab dia kata "KALAU".

Kalau buat sesuatu yang tak logik, maka hasilnya tak logik juga.

"Kalau bulan terbelah dua, Lee Chong Wei  kentut dua kali"

"Kalau bulan terbelah tiga, Lee Chong Wei kentut tiga kali."

Saya tak kata Lee Chong Wei kentut. Tapi kalau bulan terbelah 2 atau 3, baru dia kentut.

Yang peliknya, bila ada ada orang buat kebaikan, ramai orang suka guna "kalau hanya {berbuat sesuatu}, maka bla bla bla".

Tak payahlah guna "kalau hanya" sebab ianya menyakitkan hati orang sahaja.

Pendapat saya, kalau ada orang buat kebaikan, biarlah sahaja.
Tak perlu andaikan dia hanya buat kebaikan itu sahaja dan tak buat benda lain.
Sebab tak logik kalau dia tak buat benda lain.

Jadi merujuk kepada cerita di atas, maka memanglah status pekerja kilang itu status murahan, sebab tak logik.

Jadi bertambah pelik kalau ada orang berimaginasi lebih tinggi, sehingga menganggap "Kalau hanya memberi kucing makan" benar-benar berlaku, dan terus membuat kesimpulan pekerja kilang tidak menghormati posmen kerana menuduh posmen tidak bertanggungjawap menghantar surat.








0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit