test

Khamis, 31 Julai 2014

Kebocoran Perbincangan AJK PAS Pusat

Kebocoran Perbincangan AJK PAS Pusat boleh dilihat daripada beberapa sudut.

1. Kandungannya,
dimana saya tidak mahu ulas, sebab ianya hanya "senario"

2. Mediumnya.

Maka semua orang tahu yang PAS pusat berbincang menggunakan Whatsapp Group.

Mungkin bagi anda ianya seolah-olah biasa, tetapi bagi saya ianya adalah 1perkara yang bahaya,  Apatah lagi apabila Facebook terguir untuk membeli Whatsapp sehingga USD 20 bilion.



Kalau alumni sekolah, atau "Geng Orang Tua Masuk Air" atau "Geng Badminton Tak takut bini" untuk berborak-borak santai.

Tetapi untuk organisasi yang mempunyai musuh,  melibatkan pimpinan tertinggi, maka ianya terlalu bahaya untuk menggunakan whatsapp group.

Apatah lagi Whatsapp itu sendiri medium yang diragukan, apabila Facebook telah pernah bekerjasama dengan NSA.

Zaman muda saya dulu, lebih 'merdeka' daripada zaman sekarang.
Untuk kumpulan yang tak seberapa, kami menggunakan Pelayan IRC sendiri untuk berbincang,
Pada masa yang sama, menggunakan mailing list sendiri.

Sezaman dengan HizbiNET dan MuslimatNET

Zaman kini sudah berubah, semua menjadi mudah.

Kuasa memilih untuk bergantung dengan luar atau tidak tetap ditangan kita.

Macam-macam protokol sudah ada. Kaedah pengenkripsian pun sudah macam macam.
HTTP biasa pun sudah digantikan dengan HTTPS.

Telnet sudah berkubur, diganti dengan SSH


Kembali pada topik asal, dimana berlakunya kebocoran maklumat, kali ini memang disebabkan manusia dalaman. Ianya boleh terjadi tanpa disebabkan manusia dalaman, tetapi boleh juga luaran.

Kalau guna kaedah selamat, pun sebenarnya boleh dibocorkan oleh orang dalaman.
Akan tetapi kena usaha juga untuk lebih selamat.

Untuk perbincangan dalaman, sebenarnya boleh buat pelayan XMPP sendiri, diurus sendiri.
Atau mungkin guna kaedah "mailing list" cara lama, tapi dipermudahkan sebab sekarang banyak  peranti mudahalih boleh baca emel.









0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit