test

Sabtu, 11 Januari 2014

Rezeki melimpah ruah, tak habis-habis , tetapi...

Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah di tanah air kita.

British Belanda datang rompak pun tak habis-habis lagi.
Hujan sepanjang tahun.
Tanam apa pun boleh hidup.
Jepun datang , ubi kayu pun kita boleh makan.
Jepun lari, British datang balik.
Sesudah merdeka, Kilang jepun pula datang, pekerja bangla, myanmar , Indonesia , Acheh, Sulu ...

Semua datang, tapi rezeki tak habis-habis.

Masih ada lagi.
Tak habis habis.

Indahkan?
Rezeki tak habis habis.
Ikan di laut, burung di udara.
boleh makan ikan, boleh makan puyuh.

Saya tidak tulis "RM" , sebab itu dia indah.

Asalnya
Allah ->Rezeki - > sekalian alam.

Tapi kita pula ubah persepsi Rezeki adalam RM.
RM adalah rezeki.
Rezeki mesti lalu RM untuk sampai ke manusia?
Maka itu yang membuatkan seolah-olah tidak cukup.

Harga barang dalam RM naik.
Anda kerja kira dalam RM.
RM terlungkup, anda panik.

Walhal, rezeki yang Allah kurniakan ni tak habis habis.
Datanglah berapa ramai manusia ke sini pun, tak habis -habis.

Ini apa punya sistem yang manusia ini guna?
rezeki melimpah ruah, kerana Kertas RM fiat , semua gundah gelana?

Jadi dipersilalah sistem RM fiat FRB dicampakkan ke longkang.
Tolak Zimbabwesasi!

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit