test

Jumaat, 24 Februari 2012

Kesan ISA terhadap halatuju negara

Sudah lama tak menulis.

Semalam, saya diberi peluang untuk berucap tentang ISA, tetapi "blank".

Sudah sedia maklum ISA itu zalim, menahan orang tanpa bicara, penuh dengan seksaan.

Namun seksaan itu, kelihantan hanya memberi kesan pada individu yang ditangkap dan orang yang berdekatan dengannya.

Itu yang ramai orang fikir.
Kesan terhadap individu individu sahaja.

Jadi, bila tidak kena batang hidung, maka ramai tak endah.


Tapi, ISA bukan hanya memberi kesan pada individu sahaja.


Kerana, apabila ia memberi kesan pada individu, mungkin individu itu boleh merubah negara, dan negara akan bantut pembangunannya.

Bayangkan kalau Steve Jobs dikenakan ISA, mungkin sehingga sekarang masih belum lagi ada iPad.
atau saingannya seperti galaxy tab pun mungkin tidak ada.

Suatu ketika dulu, Engineer Kemerdekaan Tanah Melayu dikenakan ISA.

Dr Burhanuddin Al Helmy.

Atas tuduhan yang tidak masuk akal, akhirnya dia meninggal dunia akibat seksaan di dalam Tahanan,

Memang, kalau nak dilihatkan, dia hanya seorang individu.

Tetapi usaha beliau, sejak dari zaman sebelum Jepun bersama KMM, ketika zaman Jepun pun boleh menggabungkan ulama, sebagai MATA. Kemudian menubuhkan PKMM, yang menggoncang Inggeris sehingga berlakunya tangkapan besar besaran 1948. Kemudian dijemput untuk menyertai PAS, dan menjadi YDP PAS, kemudian menjadi Ahli Parlimen 1959 sehingga tertahannya di bawah ISA.

Ketika itu, Malaysia belum dibentuk dan hanya ada Malaya.

Ketika kemerdekaan berusia setahun jagung, masih ada banyak ruang untuk membetulkan hala tuju negara, dan membentuk identiti negara.

Antara idea Dr Burhanuddin Al Helmy yang agak pelik ialah, dengan ingin mengganggap semua rakyat negara ini sebagai "Melayu".

Sehingga kini masih ramai orang yang belum faham, kenapa Melayu?

Ketika itu, puak puak berlawanan menganggap Dr Burhanuddin sebagai perkauman.

Namun, erti Melayu bagi dia adalah semua orang bertutur dalam 1 bahasa, dipanggil sebagai 1 bangsa Melayu, Semua kita adalah Melayu, tak kira samada berketurunan india atau cina.

Namun ini tidak berlaku.


Begitu juga idea membentuk negara besar Melayu Raya, terkubur juga.
Selepas beliau 'dibunuh' oleh ISA , tiada siapa yang ingin sebut Melayu Raya lagi.


Begitu juga nasib penduduk Tanah Melayu yang masih dijajah Siam, terus dilupakan.
Zaman sekarang, hampir semua orang anggap Kawasan Tanah Melayu yang dijajah Siam adalah hak mutlak Thailand.

Apabila minyak dijumpai, ada pula pemimpin bodoh yang bersekongkol dengan penjajah Siam untuk bahagi separuh-separuh. Walhal 100% minyak di kawasan itu adalah di Tanah Melayu.
Rakyat Patani tak dapat apa, Rakyat Kelantan pun dapat ciput  sahaja dalam bentuk "projek kerajaan persekutuan".

Kemerdekaan tanah Melayu yang masih dijajah Thai, adalah sentiasa di minda beliau.

Dr Burhanuddin telah berjuang awal, semasa halatuju negara yang hendak dibentuk, masih lagi kabur rupanya.
Agak sukar untuk membentuk Melayu Raya, kalau berhadapan dengan penjajah yang berbeza.
Inggeris, Siam, Belanda.



Pembentukan Malaysia juga ditentang oleh beliau.

Kerana Negara yang dibentuk itu, hanya cukup-cukup sekadar mengumpulkan bekas bekas tanah jajahan Inggeris di bawah 1 Negara "Malaysia". Sekarang ada tambah nombor 1 pula, "1Malaysia".

Maka, apabila ramai yang cukup berpuas hati dengan "Malaysia" yang "Merdeka", maka automatik kawasan tanah melayu yang dijajah akan terus dijajah.

Sudah lebih 100 tahun perjanjian Inggeris Siam ditandatangani, namun kita tidak berusaha langsung untuk menghilangkan kesan perjanjian antara penjajah-penjajah itu.

Jadi, kita hiduplah di negara acuan Inggeris ini.

Maka, kita tidaklah dapat menguasai jalan laut timur barat iaitu Selat Melaka.

Maka kita tidak akan jadi kuasa besar.
Anda semua tidak mahu kita menjadi kuasa besar.

Kalau anda baca hansard parlimen 1959 sehingga 1964, anda akan boleh lihat bagaimana ketua pembangkang tidak rasmi ini, berhujah, dan banyak yang diterima pakai sehingga hari ini.

Kalau tidak, mungkin kita masih lebih tebal ke'Inggeris'annya.














0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit