test

Sabtu, 5 November 2011

Tips Beli Dinar Iraq

Ramai yang bertanya tentang dinar iraq,
Ianya kertas.

Jika anda ingin membelinya, berikut adalah tipsnya.

Sebelum membeli dinar iraq, anda perlu mempunyai sedikit pengetahuan.

1. Mengetahui bahawa dinar iraq sekarang, adalah matawang yang memang berbeza dengan matawang dinar iraq sebelum kejatuhan Saddam, dan juga berbeza dengan dinar emas Zaman Uthmaniah.

Walaupun nama sama, tetapi ia berbeza.

contoh terdekat adalah "1 ringgit", dimana 1 ringgit zaman sekarang adalah berbeza dengan 1 ringgit zaman sebelum merdeka. Sebelum Merdeka, 1 ringgit adalah 20 gram perak berketulenan 900.



contoh lain, "sekupang".

sekupang di negeri utara hari ini adalah 10 sen, ianya berbeza dengan "sekupang emas" yang beratnya lebih kurang 2 gram.


2. Mengetahui Dinar Iraq sifatnya hanyalah fiat.
Ianya dikeluarkan oleh bank negara yang dikawal oleh penjajah.
Mereka boleh mencetak sesuka hati.

3. Mengetahui prestasi Bank Negara Iraq.
Bank negara Iraq laman webnya ialah http://www.cbi.iq/

anda boleh baca laporan Bank negaranya, berapa kenaikan M2 dipaparkan di halaman hadapan,

Dari gambar di atas menunjukkan bahawa kenaikan M2nya cukup tinggi, Macam Malaysia juga.
Rakyat Iraq juga menikmati kenaikan harga barang macam kita juga.

Sila kaji maklumat lain seperti kadar riba (kadar faedah), Rizab emas, rizab matawang lain.
kadar itu kadar ini. Sama sahaja modus operandi macam Bank Negara Malaysia.

Kaji sendiri, berapa penurunan nilai IQD itu berbanding emas atau minyak.


4. Kira premium betul betul. dan kalau perlu tanpa sebarang premium.
Anda boleh kira premium dia dengan mengambil nilai tukaran di laman web CBI.
kemudian





daripada gambar di atas, anda boleh tetapkan harga maksimum yang selamat supaya anda boleh beli dinar iraq.

guna formula ini.
harga maksimum untuk beli IQD 1k ialah 1000/ ( harga buy IQD dalam USD / tukaran USDMYR)
contoh hari ini:
1000/(1168/3.11)
=2.66

maksudnya, jangan beli 1k IQD yang harganya melebihi RM 2.66.

Maka, setelah mengetahui bahawa ianya matawang yang berbeza, pengiraan premium, maklumat bank negara mereka, berapa penurunannya berbanding emas, Maka anda putuskan sendirilah samada anda ingin beli dinar iraq atau tidak.

Kalau ada seseorang itu ingin menjual 1k IQD pada anda pada harga RM 25.
Anda boleh jawap "Saya hanya beli IQD 1k, bawah RM 2.66"




6 comments:

  1. Malaysia patut malu dengan negara Liechtenstein

    http://batuditepijalan.blogspot.com/2011/12/malaysia-patut-malu-dengan-negara.html

    BalasPadam
  2. mana bole dapat iqd1K RM 2.66 bang..
    kena pg iraq n bidding sendiri laaa yeeee..
    ape pun dah beli ke?
    aritu mcm tak sokong jeee..

    BalasPadam
  3. Ni memang artikel bukan untuk sokong.

    reverse psikologi

    BalasPadam
  4. maklumat menarik, boleh cuba juga.

    BalasPadam
  5. invest cam nie boleh ke ?

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit