Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau

Apa yang hendak dibaca






Syiling Emas BungaRaya 10 gram 999.9
Penyimpan Nilai Terbaik,
Termurah di Tanah Air, Mampu Milik.


Apa itu Seigniorage?

Mungkin ramai yang tidak faham, atau belum faham.

Walaupun Seigniorage bukan membawa maksud 'Cukai Inflasi' secara langsung, akan tetapi dalam konteks sistem kewangan masa kini, boleh diibaratkan sebagai satu bentuk cukai.

Apabila Ali mendepositkan 100 gram emas di dalam bank, dan dia boleh menebus emasnya itu pada kuantiti emas yang sama, maka tidak berlaku seigniorage.


Lupakan contoh di atas kerana di bank , anda hanya boleh mendepositkan kertas.

Dalam sistem kewangan masa kini yang dikawal oleh bank negara, kita tidak boleh menebus setiap ringgit yang kita ada, dengan emas. Kenapa ya? Orang BNM lah yang boleh jawap.

Kertas ringgit dalam kitaran dan kertas yang deposit bertambah dari masa ke semasa.

Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

Peningkatan 16 kali ganda.

Mana datangnya duit itu?

Nilai kertas yang mewakilkan emas akan turun kalau kertas itu banyak.

Rizab emas BNM telah merosot daripada 72 tan kepada 36 tan, akan tetapi kertas yang mewakilinya bertambah.

Inflasi boleh ditakrif menggunakan 2 cara.
1 cara, ialah kira ikut harga barang, itu yang digembar gemburkan supaya ianya kelihatan sedikit.

Satu cara lagi, ialah mengira berapa kadar kertas itu dikembangkan.
Kertas Ringgit dikembangkan berapa peratus tahun ini
Kertas pound dikembangkan berapa peratus tahun ini.

Dalam kaedah ke dua, peratusannya lebih tinggi daripada kaedah pertama.

Kaedah pertama, kira ikut harga barang, kadar inflasinya boleh disembunyikan dengan mengawal harga yang dikira itu. Bukan sahaja dikawal, malah subsidi diberikan untuk merendahkannya supaya inflasi pengembangan bekalan wang disembunyikan.

Inflasi pengembangan bekalan wang itu tetap ada, walaupun ianya disembunyikan.
Lambat laun ianya tidak boleh disembunyikan lagi, lihat sahaja harga gula, dan minyak.

Kembali kepada persoalan cukai inflasi seigniorage.

Daripada penerangan di atas, menunjukkan walaupun pengembangan wang, tidak mengakibatkan kesan inflasi serta merta.

Apabila Najib mengumumkan belanjawan tambahan 60 billion daripada angin. 60 bilion dicipta untuk digunakan.
Namun kesan inflasi itu bukan berlaku serta merta pada hari ianya dibentangkan.

Bila kesannya akan bertindakbalas? belum lagi.

60 billion itu boleh digunakan oleh kerajaan secara hutang.
Hutang kepada siapa 60 bilion itu?
Akan diterangkan selepas ini.

Daripada belanjawan 2010, telah menunjukkan bahawa hutang kerajaan persekutuan adalah RM362.5 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan dijangka bertambah 18.3 peratus kepada RM362.5 bilion pada akhir 2009 (akhir 2008: 14.9 peratus: RM306.4 bilion) terutamanya disebabkan peningkatan pinjaman dalam negeri untuk memenuhi keperluan pembiayaan.


Hutang kepada siapa hutang itu?




Sejak kecil kita diajar bahawa, kalau berhutang, maka perlu dibayar, akan tetapi dalam sistem ekonomi sebegini, ianya adalah hutang yang tidak dibayar.




Ianya hanya mengakibatkan penurunan nilai kepada kertas ringgit pada masa akan datang, Akan tetapi duit itu telah digunakan dahulu pada nilaian semasa.




Hampir setiap tahun belanjawan defisit, maka defisit itu akan membentuk jumlah hutang persekutuan di atas.




Kerajaan hari ini membelanjakan wang lebih daripada sepatutnya, tak perlu dibayar kerana ianya automatik akan merendahkan nilai ringgit yang digunakan semua orang pada masa akan datang.


Ahmad menyimpan RM 2500 hari ini untuk membeli lembu untuk kahwinkan anaknya. Akan tetapi disebabkan anaknya itu tidak kacak seperti Ali Rustam, maka dia berkahwin 10 tahun daripada sekarang. Pada ketika itu harga lembu pula RM 3500. Ali perlu membayar tambahan RM 1000 . RM 1000 tambahan yang dibayar itu adalah cukai inflasi. Dimana ianya telah diambil awal-awal oleh kerajaan.


Seandainya Ahmad, menyimpan nilai RM 2500 dlam bentuk emas untuk membeli lembu, maka apabila dia hendak membeli lembu 10 tahun daripada sekarang, maka emas itu cukup untuk membeli lembu. Ahmad terlepas daripada membayar cukai inflasi.

Itulah fungsi emas yang sebenar, iaitu menyimpan nilai, dan juga melindungi daripada Seigniorage cukai inflasi.


Maka hasil titik peluh bekerja perlu disimpan dalam bentuk emas supaya tidak dicukai dalam bentuk seigniorage oleh kerajaan.

14 ulasan:

  1. Dziauddin on 14 Februari 2010 12:01 PTG

    good explanation

     
  2. Wenger J. Khairy on 14 Februari 2010 8:51 PTG

    Good - but actual paper currency in circa is about RM 40 billion plus. A creative take on the concept of Seigniorage.

    I 100% agree that the national debt is very bad news, and no matter how we look at it, it will lead to inflation. Its very clear - and I agree, we don't know when but its certainly there.

    Salam setiakawan

     
  3. Matjoe on 14 Februari 2010 8:53 PTG

    hmm,expalaination yang baik. actually emas ni concept harga beli harga jual ada byk beza, spread dia about6%. still harga emas pun ada turun naik.Enas ni xde compounding interest.kene pulak anak ahmad kene tangkap basah, nak jual emas yang baru dibeli pada harga 2500 tu cuma dapatrm2400, 100 tu cik ahmad kene top up lerr. takguna punya anak, kene tangkap basah dah kalaut nk kene kahwin

     
  4. Hasbullah Pit on 15 Februari 2010 1:34 PG

    Matjoe,
    kalau gaji dibayar ikut emas, dia tak kena spread.

     
  5. Hasbullah Pit on 15 Februari 2010 2:20 PG

    Ayat ini merujuk kepada M1.

    Pada tahun 1982, menurut laporan Bank Negara Malaysia, kertas ringgit dalam kitaran dan dideposit, jumlahnya tidak sampai RM 13 billion. Hari ini ianya sudah melebihi 200 bilion.

    Actual paper in circulation = M0 = 40+ billion.
    M1 = M0 + duit yang wujud dalam komputer sebagai dideposit.

    Kalau semua orang keluarkan duit daripada bank, wang kertas dalam kitaran akan menjadi 200 bilion.

     
  6. Amin007 on 15 Februari 2010 2:21 PG

    kalau duit kertas sedia ada terbakar
    ada kesan ker kepada ekonomi???

     
  7. Matjoe on 17 Februari 2010 1:29 PG

    bro,
    btul gak tu. tp tu lerr, tokey lembu ler plak leh accept emas ke nak cash jugak

     
  8. TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT on 18 Februari 2010 1:57 PG

    Salam,mohon sudi apa kiranya link kan blog ambo dalam blogger direktori tuan.Terima Kasih

     
  9. Nizam Rusli on 16 September 2010 8:48 PG

    salam. artikel menarik. minta izin untuk dikongsikan..

     
  10. sydeen aka saidin on 25 Oktober 2010 9:36 PTG

    jom kita share link blog...

     
  11. Tanpa Nama on 13 Februari 2011 8:48 PTG

    SALAM.... TERIMA KASIH UTK INFO

     
  12. LoBai: Eden Bukan EkaU on 4 April 2011 4:14 PTG

    wahh..hebat.. keterbukaan macamni lah yang kita cari.. kebanyakan org menyembunyikan fakta.. dari sini.. maka jelaslah ..bahawa satu hari nanti..sistem pasaran matawang dunia kan runtuh dgn sendirinya..setelah inflasi tak dapat disembunyikan lagi.. kerana hari ini.. duit kertas dicetak semahu mahunya selagi tak habis dakwat dan kertas..haha..

     
  13. Arif Anuar Burhan on 18 Mei 2011 4:51 PTG

    Terima Kasih atas penerangan Tuan Sebol.

     
  14. syahas on 19 Mei 2011 12:38 PG

    mohon share :)

     
Blog Widget by LinkWithin

Ulasan.Terkini

Iklan Pakej Emas
Hanya RM 40 bagi 20,000 pengunjung unik
hasbullah.pit.my
.

Arkib Blog

Beras.Terpilih