Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau

Apa yang hendak dibaca






Syiling Emas BungaRaya 10 gram 999.9
Penyimpan Nilai Terbaik,
Termurah di Tanah Air, Mampu Milik.


Diberitakan daripada blog Fariz, Kerajaan Negeri Selangor nak beli rumah PPRT sekiranya dilelong oleh Bank.


Xavier berkata, ini berikutan daripada gesaan bank kepada kerajaan negeri supaya bertindak menyelesaikan hal ini.Katanya, bank akan melelong rumah-rumah tersebut sekiranya penghuni tidak dapat menjelaskan sewa dalam tempoh tertentu. Bagaimanapun, kerajaan negeri dalam usaha untuk mendapatkan jumlah tunggakan yang sebenar.


"So dalam mesyuarat Exco kita telah bincang isu ini dan mungkin kita akan adakan satu program baru dimana kita akan minta bank-bank ini bila rumah-rumah ini yang dibiarkan dan tidak dibayar, mereka kena beritahu dengan kerajaan dulu berapa ramai rumah dia, siapa yang beli, siapa tak boleh bayar dan nak lelong untuk berapa".


Besar kuasa Bank, suka-suka mahu lelong rumah PPRT.
Siapa yang lebih berkuasa, Kerajaan Negeri atau Bank? (klik dan baca)

Rumah PPRT adalah untuk orang miskin,
Sudahlah miskin dibebani hutang pulang.

Teori pakar ekonomi mana pula yang cadangkan selesaikan masalah kemiskinan dengan menambahkan hutang?

Penglibatan bank dalam perumahan PPRT adalah sesuatu yang tidak perlu.

Tidak cukupkah keuntungan yang bank perolehi daripada pinjaman rumah bagi orang kaya dan sederhana?


Sebahagian drpd cerita di blog Fariz

Menurut Dr Xavier, setelah kerajaan negeri mengambilalih, pinjaman penghuni-penghuni, maka pihaknya akan mengatur semula pinjaman penghuni-penghuni PPRT dan akan mengurangkan kutipan sewa jangka panjang sebanyak RM150 sebulan.

"Kita punya cadangan, belum lagi pasti, tapi cadangan kita ialah negeri beli rumah ini semua. Sebab kita yang mulakan program ini dan kita akan hadir program ini. Dan kita katakan rumah-rumah ini untuk orang miskin,"
Bagi saya, Memang patut Bank tidak dilibatkan langsung dalam soal ini.

4 ulasan:

  1. Tanpa Nama on 30 November 2009 11:02 PG

    PPRT ke PPR ??
    2 bende yang berbeza tu,,

     
  2. kembara putih on 30 November 2009 12:02 PTG

    Kenapa tak bagi percuma je rumah tu, kenapa kena ada loan pula? Dah memang kategori miskin, lambat-laun mereka tak mampu bayar juga.

     
  3. C++ on 30 November 2009 12:06 PTG

    Bhai...

    Inilah masalahnya bilamana bank-bank utama di Malaysia dikuasai oleh UMNO/BN dan kroninya.

    Bank terkenal dengan menyediakan payung tapi akan mengambil kembali payung tersebut diwaktu hujan lebat.

     
  4. Edyes on 1 Disember 2009 10:29 PG

    Saya penduduk salah satu PPR di KL.

    masa PRK b.pinang, Najib umumkan penjualan rumah ppr kepada rakyat. Tapi lepas sebulan diumum, tiba masanya dibuat penjelasan, rumah tersebut dijual dengan kos guaman sebanyak RM5900 !!

    RM5900 untuk rumah PPR berharga RM35k.

    setahu saya, kos guaman untuk rumah di bawah 100k ialah 1%. maka kosnya hanya RM350 untuk satu lawyer. kalau 2 lawyer baru 7ratus. macamana dbkl kira sampai jadi RM5900??

    boleh baca?

     
Blog Widget by LinkWithin

Ulasan.Terkini

Iklan Pakej Emas
Hanya RM 40 bagi 20,000 pengunjung unik
hasbullah.pit.my
.

Arkib Blog

Beras.Terpilih