test

Khamis, 15 Oktober 2009

Program Beras Percuma dan Beras ST 15

Apabila tersiarnya berita tentang beras percuma, perkara yang terlintas difikiran adalah seolah-olah BN kelihatan begitu pemurah, memberikan beras percuma kepada rakyat.

Hakikatnya ialah sumber kewangan untuk program itu adalah daripada wang rakyat juga.

Politik menentukan dasar dan kaedah, adakah BN wajar diberikan 100% kredit kerana menyediakan program beras percuma?

Anda tentukan.

Politik Subsidi Makanan, Kupon Makanan, Beras Percuma sudah lama wujud dalam penulisan di blog ini.
Google sahajalah.


Terdapat satu catatan lama yang menceritakan bahawa saya mencadangkan supaya "beras percuma" diberikan untuk menggantikan Subsidi beras.


Adakah BN dengan sengaja menyediakan peruntukan khas daripada perbendaharaan negara untuk memberikan beras percuma?

Tidak.

Program ini hanya menggantikan kaedah pengsubsidian beras ST 15, yang selama ini subsidi diberikan kepada pengilang. Kemudian dijual kepada kedai.

Tidak banyak kedai yang menjual beras ST 15, namun ada juga kedai yang mendapat limpahan beras ST 15.

Harganya lebih murah lebih kurang RM 8 bagi pek 10 kg berbanding harga beras ST 10 dan ST 5.

Rakyat Malaysia ada yang tak jumpa beras itu, tetapi adakalanya warga asing dapat membeli beras itu.

Puluhan juta sebulan digunakan untuk merendahkan harga beras ST 15 ke tahap RM 17 10kg.

Wang itulah yang akan digunakan untuk program beras percuma.

Walaupun beras percuma diberikan kepada golongan miskin, namun perbendaharaan negara akan jimat kerana beras percuma yang diberikan itu nilainya lebih rendah daripada subsidi beras ST 15 yang sebelum ini diberi kepada pengilang untuk merendahkan harga beras ST 15.

Bukannya mereka 'suka-suka hati' mahu mengadakan dasar kaedah ini.

Ianya dibuat atas dasar menjimatkan perbendaharaan negara.

Belum pernah termimpi lagi mesyuarat UMNO dengan suka-suka hati mencadangkan beras percuma diberikan kepada golongan miskin. Kalau mereka mahu, sudah lama mereka cadangkan.

Sekiranya ini adalah inisiatif penjawat awam, mengambil idea daripada blog pro Pakatan Rakyat.
Kenapa BN yang mendapat kredit.

Apa yang dirisaukan dengan program ini ialah, beras ST 15 yang murah sedikit itu kemungkinan besar tidak akan dibeli pada harga RM 17 lagi.

Jadi, jika anda atau saudaramara atau jiran anda yang sememangnya menggunakan beras ST 15 untuk makanan harian, akan menghadapi sedikit kesukaran harganya akan dinaikkan.

Adalah dicadangkan kepada pengguna beras ST15 sedia ada supaya menyimpan plastik beras itu, supaya ia boleh dijadikan bukti bahawa sememangnya menggunakan beras itu untuk sekian lama. Gunakan plastik itu untuk memohon disenaraikan dalam program beras percuma.

Dari sudut ekonomi pula, sekiranya harga beras ST 15 disenarai dalam sebakul barangan yang dikira oleh Bank Negara bagi menentukan kadar inflasi. Maka kadar inflasi diatas kertas akan naik. Ia hanya paparan sebenar bagi inflasi yang disembunyikan.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit