test

Ahad, 7 Jun 2009

Kalau BN Setuju Kerajaan Perpaduan....

 Kalau BN sudah setuju dengan Kerajaan Perpaduan, sila tandatangani surat seperti di bawah:




Bahawa ini surat pada menyatakan maka adalah kita Najib bin Razak, Presiden UMNO, iaitu PM di Malaysia mengaku dalam surat ini bahawa sesungguhnya maka adalah dengan suka-suka hati kita telah menyerahkan negeri Malaysia ini serta dengan perintah-perintahnya sekali kepada Pakatan Rakyat , adanya.

Syahadan lagi adalah pula perjanjian Pakatan Rakyat kepada Najib: Maka jikalau kiranya Najib hendak berpindah dari negeri Malaysia ini ke negeri lain melainkan PR memberi hadiah tiga puluh tiga ribu ringgit dan kepada Muhyidin dua puluh enam ribu delapan ratus ringgit. Dan lagi, adalah perjanjian PR memberi belanja kepada kita pada sebulan seribu tiga ratus ringgit.


Najib
 Surat di tiru dari ..

Sultan Husin Syah Menyerahkan Singapura Kepada Tuan Crawfurd Dengan Suka-Suka

11 comments:

  1. matgeramgiler.7 Jun 2009 9:52 PG

    salam,
    kebangkalian peristiwa diatas akan terjadi adalah 50:50. cayelah!.

    BalasPadam
  2. wakakakak !!!

    BalasPadam
  3. Gua setuju kerajaan perpaduan asalkan Najib bukan PM. Pilih lah diantara ANWAR, TGHH, TGNA, NIZAR, HUSAM. Kamaruddin Jaffar, MAHFUZ, MAT SABU, LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG, Wan AZIZAH, Azmin, SHAARI SUngib, Gobinda Sing Deo ke dan ramai lagi lah dalam PAKATAN RAKYAT amacam asalkan bukan pemimpin UMNO. Kalau boleh biarlah yang berugama ISLAM atau pun buat pemilihan terus supaya rakyat pilih siapa jadi PM.

    BalasPadam
  4. DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

    http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

    BalasPadam
  5. Parpu Kari:

    Apa gunanya membuktikan UMNO melacurkan negara dengan memberi kerakyatan murahan, tetapi ditutup dengan "hak istimewa"?

    Kongress Melayu ke 2 di hadiri oleh Dr Burhanuddin,Datuk Onn dll, yang di adakan pada mac 1957 telah menolak pemberian kerakyatan murahan ini.
    Dengan menganghantar memorandum kepada Suruhanjaya Reid.

    Tapi UMNO apa peduli, mahu jadi hero menjayakan "kemerdekaan", menolak apa yang diputuskan oleh Kongress Melayu.

    Hasil daripada kerakusan UMNO ini, ialah peratusan pengundi Melayu jatuh drpd 84.2 % (1955) kepada 56.8% (1959)

    BalasPadam
  6. pak sebol,

    saya akan sokong kerajaan perpaduan jika tuntutan2 PAS berbaloi.

    masalah saya dengan PAS ialah bila mereka gagal untuk kemuka cadangan undang2 hudud dan qisas. pada tahun 2000 kalau saya tak silap, PAS ada bentangkan DRAF undang2 hudud, namun terhenti setakat itu.

    maksud saya, kadang2 PAS seperti tak realistik dan bersungguh2 walaupun usaha ini amat penting.

    begitu juga dengan kerajaan perpaduan ini, ideanya masih longgar. nanti senanglah Umno putar.

    BalasPadam
  7. bumilangit,

    Kalau syarat amat berbaloi
    seperti hapuskan judi terus.
    Takde kedai arak di kawasan majoriti Islam

    dan sebagainya.

    Itu sudah boleh dikira kemenangan besar

    BalasPadam
  8. Assalam..
    Ish..dah la wahai saudara ISLAM sekalian..
    cukuplah..bukankah kita dijar, amar ma'ruf nahi munkar...
    tapi kita buat pa? yang salah, dipaparkan habis2, dikutuk, dihina, dimaki dan dipersoalkan, mana nahi munkar...
    aduh, dgn gaya kita yang sekarang ini, ISLAM tak ajar kita kutuk orang, ISLAM tak ajar kita maki orang..
    kan yang salah sepatutnya dibetulkan...kan kan..
    Bukanlah saya ini orang yg bijak pandai pn..tapi tak suka lihat kita hentam sesama sendiri, sedangkan telah ada 'jarum' yang telah mencucuk2 kita ini....
    aduhai...
    harap dpt balasan dr Pakcik Hasbullah..

    BalasPadam
  9. ayat saya yang mana satu adalah kutukan atau maki itu?
    minta tolong jelaskan

    BalasPadam
  10. sedihnya dengar itu balasan dr pakcik..
    tak apa saya tak kesah..
    saya dah ckp..saya dah buat..ok itu sahaja..
    terpulang lah, masing2 ada otak dan akal..
    wassalam..

    BalasPadam
  11. nk + pulak..
    saya tak ckp pakcik..saya ckp 'kita'..kan?
    pakcik tak sentuh pun psl ayat ISLAM..
    masih nk 'protect' diri lagi...aduh
    maaf yah..

    *teguran utk diri saya dan anda juga*

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit