test

Khamis, 21 Mei 2009

Saya pun Anti British macam Chin Peng Juga

Ketika era sebelum merdeka, terdapat beberapa aliran nasionalisme.
Nasionalisme ditakrifkan sebagai pembentukan Negara,
Ketika itu negeri-negeri Melayu ada yang bersekutu, ada yang tak bersekutu, ada yang diperintah secara langsung oleh Inggeris.

Ada banyak kerajaan-kerajaan kecil yang tak macam kerajaan.
Kesultanan Kedah yang diancam Siam, Kesultanan Perak yang ada masalah 'kontraktor' bijih timah yang berebut kawasan, ditambah pula dengan perebutan tahta.

Ini semua adalah masalah untuk membentuk negara.

Maka ada pihak yang ada aliran nasionalisme sendiri dengan ingin menjadikan Malaya sebagai negara komunis.
Mereka Anti British, macam saya.
Mereka anti Jepun.

Terdapat lagi satu aliran ialah aliran "Melayu Raya". Kemerdekaan dengan membentuk negara "Melayu Raya".

Dr Burhanuddin anti British, tetapi tidak anti Jepun.
Ketika zaman Jepun, Dr Burhanuddin boleh adakan persidangan Ulama Malai-Sumatera.


Komunis pula anti British dan Anti Jepun, disebabkan pengaruh daripada China yang anti Jepun.

Terdapat satu Vakum ketika penentangan Inggeris ialah ketiadaan pasukan bersenjata Melayu yang lawan Inggeris.

Pasukan Bersenjata Melayu, "Askar Melayu" kerjanya menjaga kepentingan Inggeris.
Tok Janggut pun dilawannya.

"Askar Melayu" sudah ambil tugas askar Gurkha.

Maka para komunis yang anti British terpaksalah lawan juga "Askar Melayu" dan "Polis Melayu" yang pro British ini.
Bagi mereka, itu Boneka Inggeris.

Jadi Kemerdekaan atas dasar "Kebangsaan Melayu" sukar dicapai, disebabkan ada yang pro british, ada yang pro komunis.

Sultan pun Pro British, bagaimana orang kampung nak lawan Inggeris.
Nak derhaka?

Apabila semua pejuang "Kebangsaan Melayu" disumbat ke penjara oleh British, kerana dilabel komunis, maka yang tinggal hanya "kebangsaan melayu sempit" yang pro British.

Jadi kalau anti British seperti Chin Peng tak dapat balik kampung.

Jadi penentang PPSMI pun bersedialah cari tanah di Medan atau Yala, kalau-kalau tak dapat balik kampung bila tua nanti.

10 comments:

  1. YANG ASKAR MELAYU MATI TAHUN 70AN TAK KAN DEPA NI DOK BERPERANG DGN INGGERIS LAGI ,MASA TU DAH LAMA MERDEKA .DI BALING , GRIK ,SIK BERAPA RAMAI ASKAR MELAYU YG MATI . - JADI MASA NI KOMINIS NI DAK BERPERANG DGN SAPA . RUNDINGAN DI BALING , APA KOMINIS MINTA - MUNGKIN DIA SURUH INGGERIS BALIK KOT MASA TU ,TAPI INGGERIS DAH BALIK . DEPA NAK KOMINISKAN MALAYSIA NI . TAPI KALAU LA CHIN PENG NI TERSESAT KE BALING LA NI , KENA KOTOK SAMPAI MATI DIA NI - BUKAN KATA CHIN PENG SAJA , SUKU SAKAT DIA PUN RASA2 KENA . itulah org kata - kesakitan tu masih terasa .

    BalasPadam
  2. tuan saya nak tanya...

    benarkah UMNO yang bertanggungjawab di atas kemerdekaan tanah melayu?

    ada benarkah? kerana saya rasa buku sejarah masa belajar dulu telah diumnokan untuk tatapan generasi muda...

    BalasPadam
  3. Kepada tanpa nama 1, anda memang buta sejarah dan sombong, malas nak baca buku. Carilah buku di UK dan luar negara, semua ada cerita Sejarah Tanah Melayu. Malangnya di Malaysia tak dibenarkan masuk.
    Bila British dah blah, Kerajaan masih sambung lagi polisi British. Banyak perjanjian dan polisi yang mesti dilaksanakan. UMNO mengambil ruang yang ada untuk jadi British II. Kalau buat pendamaian awal, banyak tokoh pejuang akan kembali dan menggugat kepimpinan waktu tersebut. Jadi perang sahaja. Yang pergi perang bukan Presiden UMNO dan kuncu - kuncunya. Jadi bayar gaji ke anak Melayu yang tak ada kerja, bagi semangat sikit. Akhirnya diwar - warkan China Komunis. Jadi wujud sentimen perkauman. Selagi ada perkauman, senanglah nak perintah. Kan konsep British, pecah dan perintah.

    BalasPadam
  4. Camnie la....

    Kalau lu orang (bersemangat cam sekarang nie) hidup pada masa tue... gua percaya.. lu orang pasti join itu MPAJA atau Bintang Tiga...

    Gua pon konfiden... kalau la gua dah idup masa tue... gua sure join diorang... perang dengan british dan agen british...

    sampai skarang pon gua isytiharkan perang dengan agen british di Persekutuan Tanah Melayu...

    tapi sekarang kalau perang ngan agen british di Persekutuan Tanah Melayu tidak akan diisytiharkan komunis.... cuma diisytiharkan sebagai Pakatan Rakyat jer...

    BalasPadam
  5. MOSAD muka melayu
    KGB muka melayu
    GESTAPO muka melayu
    SIS(M16) muka melayu
    CIA muka melayu
    GURKHA muka melayu
    ASKAR MELAYU muka melayu
    POLIS MELAYU muka melayu

    Rakyat Malaysia yang ada sekarang semuanya komunis kecuali yang pro British.

    ISA tidak akan ada jika Pro-British juga tiada.
    Kapitalis Melayu tiada.....

    BalasPadam
  6. Jenuh berputar dan cuba menghadamkan......

    Mungkin pandangan peribadi saudara....
    Bukan pandangan Mursyidul......

    Syed Husin Ali terdampar.........

    Apakah saya terlambat ?

    Berputar sejak 1988,lantas terarah kepada PAS.
    Terdampar juga dalam hati-hati.....

    Ah.....sendiri-sendiri lebih pantas ! Tidak terikat....

    Suatu hari,
    terpacul ayat komunis dari mulut.......

    Hari ini,
    di suruh bersiap sedia..........

    errr.......harap pandangan peribadi.

    BalasPadam
  7. Tanpa Nama on 2009 Mei 21 23:39 :

    Saya tak kata saya pro komunis,
    saya kata diri saya anti British, macam komunis.

    Ketika dharurat 1948, yang kononnya untuk menentang komunis, Pemimpin Kebangsaan Melayu haluan Kiri juga ditangkap.

    Dilayan sama seperti komunis.

    Bezanya, hanya "angkat senjata" dengan "tidak angkat senjata".

    BalasPadam
  8. Askar melayu yang mati bertempur dgn PKM itu hanya korban. Korban politik. Politik itu kuasa. Kuasa diperolehi dgn berbagai cara. Berperang.... kemudian berunding.... tak selesai... perang lagi.

    Sekiranya berunding dan menguntungkan kedua2 pihak macam Perundingan Hatyai, maka tamatlah perang... masing2 berdamai. Adakah pemimpin negara pernah ambil pendapat tentera yang mempertaruhkan nyawa. jawapannya tidak.

    Walaupun ramai sedara-mara saya anggota tentera tidak pernah kesian pada anggota tentera biarpun dia askar melayu. Mereka bukan jihadis, mereka setara dengan askar upahan saja... makan gaji. Kalau mereka mati atau cacat.... mereka hanya korban orang politik yang mempertahankan kuasa saja.

    BalasPadam
  9. Pencinta British24 Mei 2009 1:08 PG

    Apsal nak anti-British lak? British bukan buat apa2 kat aku pun. Citer2 sejarah tu sejarah je, bukan berlaku pada masa sekarang.

    Britain sekarang best apa...mana ada jajah mana2 dah... idup British!

    Tak salah kita cintai British.

    BalasPadam
  10. Pertama Perkasa19 Julai 2009 2:05 PG

    Kepada 'Mat Kilau', Walaupun dah tak tau nak menghargai jasa janganlah pula nak mencaci pengorbanan Askar Melayu. Mengaku ramai sedara dalam tentera konon, tapi kamu kenal ke Askar Melayu ni? Saya rasa sedara kamu yang masuk tentera ni jenis yang lemah ketahanan mental dan fizikal malah kemungkinan besar yang mewarisi jati diri yang reput, berjiwa hamba. Nasihat saya jangan teruskan agenda biadap kamu tu. Satu usaha yang sia-sia.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit