test

Selasa, 19 Mei 2009

Najib Ambil 60 bilion dari Bakal Haji

Apa yang nak dihairankan kalau Tambang Haji 'naik' kalau wang yang digunakan ialah wang kertas.

Wang kertas dalam simpanan menyusut nilainya setiap hari.

Setelah nilai pada wang kertas menyusut setiap hari, adalah menghairankan kalau pendapatan tidak meningkat.

Namun agak menghairankan juga kalau kos menunaikan haji tidak meningkat.

Datuk salleh Majid berkata ...

Gaji akauntan 1978 yang baru mula kerja RM2,000, sekarang gaji mula akauntan pun RM2,000 juga.
Dalam sistem ekonomy Keynessian, yang terlalu taksubkan "pertumbuhan",  banyak benda yang bertumbuh, akan tetapi selalunya tidak selaras.


Bekalan wang (M1,M2,M3) bertumbuh pada kadar 8% (contoh)
Dividen Tabung Haji 5 % (contoh)
Kenaikan gaji 4% (contoh)
inflasi 3% (contoh)


Lambat laun, harga barang akan mengejar bekalan wang.
Hari ini kalau inflasi boleh dikawal-kawal oleh kementerian dengan mengawal beberapa barangan, lambat laun ia akan membuak juga.


Cuba lihat berita lama ini.



KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Wang Secara Meluas, atau M3, meningkat sebanyak RM8.2 bilion, atau 13.5 peratus bagi asas tahunan, pada September, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
 Kalau M3, setahun meningkat sebanyak 13.5 peratus, maka bersedialah untuk menghadapi inflasi sebanyak 13.5 peratus.

Ya, Hari ini inflasi inflasi tidak sebanyak itu, disebabkan ianya disembunyikan oleh kawalan harga, namun lambat laun ia akan membuak, dan dan terkumpul , meningkat dengan banyak sekaligus.

Masa itu, Kerajaan BN kah, kerajaan PR kah semua akan pening kepala.

Jadi, sekiranya M3 meningkat 13.5 peratus, maka pendapatan mesti meningkat 13.5 peratus juga, baru ia "normal".

Sebaliknya, M3 meningkat tetapi pendapatan hanya meningkat ikut kadar inflasi yang disembunyikan.

13.5 % itu tahun lepas, ketika sebelum berlakunya pesta 60 billion oleh Najib.




 Berapa agaknya pertumbuhan M3 tahun ini, kau tunggulah nanti.

Kalau dulu saya boleh katakan Najib ambil 60 bilion daripada orang yang belum lahir, hari ini saya boleh kata Najib ambil duit dari jemaah haji, dan pelabur tabung Haji.

Menurut Melaka Hari ini, kenaikan kos haji itu sebenarnya lebih dari itu, iaitu anggaran RM 12,000




Apabila kos haji disubsidikan supaya rendah, lambat laun ia akan membuak juga. Itu yang terjadi pada kos haji yang telah disubsidikan, membuak daripada 8k kepada 9k.

Apabila kos haji disubsidikan oleh Tabung Haji, dan bukannya kerajaan, maka Tabung Haji akan kekurangan untung, pelaburnya pula ialah orang yang belum haji.

Maka pengsubsidian kos haji oleh Tabung Haji, boleh diibaratkan ialah pengambilan wang oleh bakal jemaah haji daripada simpanan orang yang belum menunaikan haji, secara tanpa niat.

Ini kaedah apa pula?

Hakikatnya, kewujudan pengsubsidian kos haji adalah disebabkan oleh penurunan nilai wnag kertas yang diakibatkan oleh pengembangan M3.

Kenapa Bank Negara yang tidak mengsubsidikan kos haji?
Bank Negara boleh cetak duit, Tabung Haji tak boleh.

Teringat saya cerita Dr Halim ketika Seminar Dinar Emas di UiTM dulu, lebih kurang sebegini,

Suatu hari seorang pakcik nak menunaikan haji, maka ditanyalah pegawai, berapa banyak duit yang diperlukan untuk menunaikan haji.

Maka dia jawap RM 6000, maka pakcik itu pun kumpulkan duit RM 50 sebulan untuk menunaikan haji. genap 10 tahun, dia sudah ada RM 6,000. Maka pergilah Pakcik itu ke Tabung Haji.

"Pakcik dah ada RM 6,000, Pakcik nak ke Mekah"

Maka terpaksalah pegawai itu jawap, "Mana cukup 6,000 nak ke mekah "

"Eh dulu kata RM 6,000 boleh pergi Mekah"
"Itu 10 tahun dulu" , kata pegawai.

Jika kos haji tahun ini ialah RM9,445, Siapa ambil "RM 3445" yang sepatutnya pakcik itu tak perlu tambah?

Sekiranya pakcik itu kumpul RM 50 sebulan selama 5 tahun setengah lagi, adakah kos haji masih lagi "9445" ?

Jadi apa penyelesaiannya?
Tabung Haji sepatutnya membenarnya bakal haji menyimpan emas atau perak.

7 comments:

  1. Wakakak ... !!!
    Cantek. Kita kena tipu rupanya.
    wakakakak !!!
    Syabas ... hasbullah. Ramai orang patut baca ni.

    Radenjowo

    BalasPadam
  2. Menemui al-Fadil Dato' Ustaz Muhammad Daud al-Iraqi,
    semoga Allah menyuluh kehidupan kita dengan cahaya hidayah, serta memperteguhkan pendirian kita di atas kebenaran, dan mematikan kita di atas agama-Nya dan dikandung keredaan-Nya.

    Saya berdoa kepada Allah agar disampaikan warkah saya ini ke ribaan al-fadil Ustaz. Semoga ianya dikira Allah sebagai memenuhi saranan 'ad-dinu an-nasihah'; nasihah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam.

    Berita tentang al-Fadil Ustaz saban hari memenuhi dada-dada akhbar pada akhir-akhir ini. Hampir semua akhbar, semada Melayu atau Inggerisnya (yang Cina dan Tamil, saya tidak tahu) dan blog penyokong kerajaan menyiarkan kenyataan al-Fadil. Akbar-akhbar arus perdana yang biasanya sinis kepada perjuangan PAS dan memandang juling kepada golongan berpendidikan agama telah bertukar sikap, seolah-olah akhbar mereka mahukan PAS yang tulin, PAS yang kukuh dibawah pimpinan ulama. Al-Fadilpun telah mengambil peluang yang dibukakan ini dengan sebaiknya. Bukannya senang untuk mendapat peluang sebegini, mungkin dalam 20-30 tahun lagipun belum tentu dapat.

    Baca lebih lanjut di http://muqabalah2009.blogspot.com

    BalasPadam
  3. apa yang dikata tentang ust daud iraqi tak betui.. fitnah dan putar alam akhbar sahaja... sila jenguk.. http://buletinonline.net/

    BalasPadam
  4. bank negara boleh cetak duit?cetek betul pemikiran.

    igt diaorg boleh cetak saja2? LOL

    BalasPadam
  5. Interesting analysis. :)

    BalasPadam
  6. Tak sangka kerajaan buat macam ini. Tak mungkin mereka tak tahu kira, kan? Mereka biarkan saja!

    BalasPadam
  7. Cerita pasal pakcik ni,tanpa asas ekonomi.

    Kalau En A menawarkan untuk menjual rumah pada harga RM 50,000 pada tahun 2003, maka tawaran itu adalah laku pada masa itu sahaja. Sekiranya pembeli tersebut ingin membeli rumah tadi pada kadar RM 50,000 pada tahun 2009, maka tuan rumah berhak untuk tidak menjual pada kadar RM 50,000.

    Subsidi di tanggung oleh Tabung Haji, dan bukannya dari pendeposit. Pada lazimnya, para pendeposit adalah rab ul mal atau capital provider, manakala Tabung Haji adalah Mudarib atau entrepreneur, dan ikatan antara mereka adalah pada dasarnya mengikut Profit Loss Sharing atau mengikut sistem wakalah, bergantung kepada jenis deposit.

    Tabung Haji menggunakan bahagian (ratio) keuntungannya untuk tujuan subsidi

    ex-ROTU

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit