Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau

Apa yang hendak dibaca






Syiling Emas BungaRaya 10 gram 999.9
Penyimpan Nilai Terbaik,
Termurah di Tanah Air, Mampu Milik.


Yahoo telah memaklumkan bahawa mereka akan menutup geocities.com.

'Orang lama' seperti saya dan greenboc terhutang budi kepada geocities, di mana di situlah tempat bermain 'homepage'.

Di situ juga masih banyak kandungan statik yang berguna. Ianya akan terpadam begitu sahaja apabila Yahoo mematikan geocities.

Jadi jika anda penentang PPSMI yang berani mati, inilah peluang untuk menyelamatkan kandungan berbahasa melayu yang masih boleh berguna, supaya ilmu boleh disimpan untuk generasi akan datang.

cuba google "site:geocities.com sejarah"

mungkin ada maklumat yang anda berguna yang akan hilang dari dunia web setelah akibat dari tindakan Yahoo itu.

Apa yang anda boleh buat ialah, kalau ada wget ,


buat direktori sebagai contoh /home/sebol/arkib


$cd /home/sebol/arkib-geocities
$wget -r http://www.geocities.com/tokyo/flats/3795/

Ulangi langkah sama di direktori sama tetapi menggunakan alamat laman web lain.

Anda juga boleh ulangi langkah yang sama dengan mencari perkataan lain, sebagai contoh "site:geocities.com Bahasa" , "belajar", "pantun", "tarian", "petua", "resepi",

Atau mungkin ada mempunyai kaedah lain?

8 ulasan:

  1. TMUkmkd on 29 April 2009 12:17 PG

    K cuba ambil berkaitan dengan blog K :)
    dan mungki boleh buat tribute untuk site yang K ambil :)

     
  2. inertz on 29 April 2009 1:16 PG

    Saya kenal goplay.com dulu seselum geocities. Malangnya akaun geocities dah tak boleh masuk sebab email yahoo kena hijack. Akan ku selamatkan dataku dalam geocities tu sebelum terlewat.

     
  3. KNizam on 29 April 2009 7:50 PG

    eh betul la
    aku pun dulu mula2 buat website pakai geocities
    lepas tu dah hilang ntah ke mana. hehe :)

     
  4. apz on 29 April 2009 9:44 PG

    kaedah lain yang saya nampak ialah menggunakan Internet Archive bersama dengan satu laman web yang menyenaraikan alamat arkib bagi laman berbahasa melayu

    contoh yang saudara sebol berikan itu terletak di alamat http://web.archive.org/web/*/http://www.geocities.com/tokyo/flats/3795/

     
  5. muqay on 29 April 2009 11:51 PG

    Tuan Sebol,

    Ada tarikh akhir penutupan geocities ?

     
  6. kita on 29 April 2009 12:41 PTG

    betul ...aku pun byk gak hutang dengan geocities...aku mula belajar buat web dengan geocities ler

     
  7. aizam on 29 April 2009 6:01 PTG

    sejarah saya dengan geocities cukup nostalgia... kat situlah saya mula berkecimpung dalam bidang membuat website statik.. uh tak sangka saya bercinta dengan geocitis suah lebih dari 10 tahun..

    lepas dah advance sikit saya mula berpindah ke virtualavenue (www.virtualave.net) sebelum dia tutup untuk free user. web saya dulu kat virtualave plazakite2.virtualave.net ..

    Kat geocities web saya adalah geocitis.com/garaj2000

    saya tak suka tripod.com sebab banyak popup menu, kat geocities saya blh pakai dhtml utk hilangkan banner add kat atas belah kanan pada masa tu...

    banyak lagi lah kalau nak cerita pasal geocities ni...

     
  8. Tanpa Nama on 3 Mei 2009 10:26 PTG

    Bwaha takde kije la korang.

     
Blog Widget by LinkWithin

Ulasan.Terkini

Iklan Pakej Emas
Hanya RM 40 bagi 20,000 pengunjung unik
hasbullah.pit.my
.

Arkib Blog

Beras.Terpilih