test

Rabu, 1 April 2009

Ali Rustam Masih Mampu Menjadi Penentang British dan Belanda No 1.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan Jambatan Melaka Dumai.

Hanya Ali Rustam sahaja yang sibuk dengan DMDI (Dunia Melayu Dunia Islam).

Walaupun Ali Rustam itu partinya berlainan dengan saya, namun saya menyokong pembinaan Jambatan Melaka ke Dumai, dan menyokong DMDI.

Sekiranya Ali Rustam tidak berkuasa lagi dalam Melaka, maka mungkin idea Jambatan ke Dumai akan tenggelam.

Maka, Ali Rustam masih diperlukan untuk meneruskan cita-cita membina Jambatan ke Dumai, walaupun di luar UMNO, walaupun tidak di tampuk kuasa.

Saya menyokong jambatan ke Dumai, adalah kerana ia menjadi satu asas kukuh menentang perjanjian Inggeris Belanda 1824.

Jambatan ke Dumai, seolah-olah membatalkan perjanjian Inggeris Belanda itu.
Walaupun 2 hujung jambatan itu dijajah oleh penjajah yang berasingan, tidak semestinya ia tidak mampu disambung oleh kita.

Oleh itu Ali Rustam perlu selesaikan dahulu masalah rasuah, dengan meminta dirinya disiasat,dibicara dan dihukum, dipenjara.

Selepas menjalani hukuman, Ali Rustam boleh bebas berjuang menyambung apa yang telah diputusbelahkan oleh Belanda dan British, tanpa perlu rebut jawatan.

Cepat dibicara, cepat keluar penjara.

3 comments:

  1. kenapa mesti ali rastam saja?

    Ali Ahmad ada, Ali Ismail ada... mcm2 jenis ali ada di melaka... siapa dok kerusi ali kita peringatkan... Ali's legacy

    BalasPadam
  2. ali kutik amma ileek pun ader

    BalasPadam
  3. Betul2. Konsep taubat yg awal.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit