test

Khamis, 30 April 2009

Adakah Aku Juga Buat Kerja Bodoh dalam PAS?

Masih teringat-ingat petikan tulisan Nik Abduh tentang kerja bodoh dalam PAS.

Kali ini dipetik daripada kerja-kerja bodoh dalam PAS bahagian ke 2.


Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Sejak dari awal lagi apabila disebut sahaja "Kerajaan Perpaduan", saya terus mengutarakan maksud yang tidak benar.

Kerajaan Perpaduan == Menolak Sistem Demokrasi Penjajah

Walaupun saya tidak pernah menggambarkan bahawa Kerajaan Perpaduan itu 'masuk BN' atau tubuh kerajaan bersama BN, namun saya telah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tidak benar.

Maka saya pun buat kerja bodoh juga?

Mana mungkin semua orang boleh fahami apa maksud 'Kerajaan Perpaduan' yang difahami oleh Tuan Guru Hadi Awang.

Maka tidak hairanlah kalau orang di sekeliling 'ayahanda' juga tidak memahaminya.

Saya tidak sangka pula 'Kerajaan Perpaduan' yang diperkatakan itu adalah 'ihsan' Barisan Nasional dan bukannya diperolehi secara hakiki. Masih lagi di bawah ruanglingkup sistem demokrasi sedia ada.

Saya terlalu jauh berfikir agaknya.

Mungkin ada perkara yang saya tahu, tetapi tidak difahami oleh 99% penduduk Malaysia.
Sekiranya perkara itu disampaikan secara salah di antara orang yang tidak faham kepada seseorang. Saya tidak rasa itu satu kerja bodoh.

Dunia demokrasi di Malaysia memang tidak adil.
48% undi popular tidak menjamin 48% kerusi.

Di Melaka PAS tidak menang satu kerusi pun. Peratusan kerusi 0% ia tidak bermaksud PAS melaka langsung tidak mendapat undi.

Kerajaan BN mendapat 100% kuasa di peringkat persekutuan, adakah ia membawa maksud bahawa 100% pengundi mengundi BN?

Sistem demokrasi ini perlu di tolak.
Sistem yang diwarisi oleh British.

Namun apa yang menyedihkan ialah walaupun 'Kerajaan perpaduan' diperkatakan, ianya masih dibawah ruanglingkup sistem demokrasi yang tidak adil ini.

Bagi saya, 'Kerajaan Perpaduan' adalah bukan soal antara PAS dengan UMNO, atau BN.

Saya tidak faham mengapa Tulang Besi begitu bergembira 'melondehkan Fraksi UMNO'.

Sebelum ini, Si Tulang Besi pernah mengatakan tentang 'Perpaduan Melayu'.
Pernah juga mengeluarkan hujah Apa Perlunya Kerajaan Perpaduan di Malaysia?

Seolah-olah menggambarkan 'kerajaan Perpaduan' itu adalah untuk 'Perpaduan Melayu', dan tidak perlu.

"UMNO", "Melayu", "BN" sebenarnya tiada kaitan langsung, sekiranya 'Kerajaan Perpaduan' sekiranya ia dilakukan atas dasar menolak sistem demokrasi British.

Eh, ada kaitan sedikit tetapi dalam arus bertentangan.

Disebabkan UMNO adalah penjaga kepentingan Inggeris di Malaysia, maka menyokong Kerajaan Perpaduan Hakiki dengan menolak Sistem Demokrasi British, adalah juga bermaksud menolak UMNO.

Bagaimana Tulang Besi boleh mengatakan penyokong 'kerajaan Perpaduan' sebagai Fraksi UMNO?

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang masih akur dengan Sistem Demokrasi British termasuk TGNA & TGHH sebagai Fraksi British?

Tidak boleh, kerana maklumat belum  sampai.

Adakah perlu saya melabelkan setiap orang yang tidak faham konsep Dinar/Dirham yang terus menggunakan wang kertas sebagai fraksi Rothchild? atau "buat kerja bodoh untuk Rothchild?"

10 comments:

  1. ego. anak2 ni semua tak harus berpolitik.

    BalasPadam
  2. salam,

    bodoh lawannya bijaksana atau dalam ppsmi disebut wisdom.

    wisdom yang paling tinggi menurut hadis adalah sentiasa mengingati mati.

    pada saya, wisdom tu bukan pada hujah tp pada lillahitaala.

    BalasPadam
  3. Salam.

    Bagi saya kerja bodoh itu memahamkan maksud yang tidak benar dengan tujuan maksud yang tidak benar. Maknanya, dia faham tetapi sengaja memalsukan fakta sebenar dan dia sengaja buat begitu kerana ada niat yang dilarang agama.

    Jika tuan salah faham dan tersalah memahamkan, Tuhan kita pun tak marah, apatah lagi manusia seperti Ustaz Nik Abduh.

    BalasPadam
  4. Walaobagaimanapun, Nizar masih merupakan MB Perak saya yang tersayang!

    Hidup Nizar!!!


    Regards,

    GoMalaysian.Blogspot.Com
    http://gomalaysian.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. maksud kerja2 bodoh tu ialah kerja2 yg nak melagakan TGNA dan TGHH, dengan sengaja memesongkan fakta yg tepat.. takkan perkara mudah camni tidak boleh di fahami..

    HIDUP ISLAM..

    BalasPadam
  6. Idea tuan Hasbullah Pitt menjangkau zaman dalam pemikiran ahli2 PAS. Sebagai memastikan idea ini mudah lagi dicambah, saya mencadangkan Pemuda-Pemuda PAS Negeri-Negeri mencalonkan saudara sebagai AJK Pemuda PAS Pusat. Harap para perwakilan dapat mengambil bahagian.

    BalasPadam
  7. azwan, mmg menjangkau zaman spt idea TGHA..tp sblm itu ahli PAS perlu banyak membaca dahulu jika tidak idea Hasbullah Pitt akan ditembak spt idea TGHA.

    *Kempen Mari Membaca Ahli PAS*

    BalasPadam
  8. Sebetulnya kalau TGHH nak tubuhkan 'kerajaan perpaduan' atau dalam istilahnya Sebol 'menolak sistem demokrasi penjajah' tempatnya untuk dibahaskan adalah dalam Parlimen....bukan dengan UMNO! Sebab ini melibatkan pindaan perlembagaan dan harus dibahaskan semua MP bukan hanya PAS dan UMNO!

    Maka sebab tu jangan senang-senang Nik Abduh labelkan orang bodoh sebab apa yang nampak sekarang ialah ad-hoc solution bagi PAS untuk meraih kuasa melalui kerjasama dengan UMNO.

    Masalahnya sekarang kerajaan perpaduan ni untuk penyelesaian kekal atau sementara? Apa jadi lepas PRU akan datang?

    BalasPadam
  9. isyyyhh...berbau Hizbut Tahrir penulis blog ni....saya setuju dgn tuan....

    BalasPadam
  10. paskutidakberkupiahlagiyey!1 Mei 2009 1:35 PG

    1. TGHH dah bagitau tidak akan bekerjasama dengan UMNO
    2. Masalahnya skrg ada orang bodoh dalam PAS cuba nak melagakan TGNA dan TGHH untuk dapat habuan.
    3. Orang bodoh ini perasan ulama, tetapi sebenarnya ULAR DALAM SEMAK! Takkan tak faham2 lagi...

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit