test

Jumaat, 13 Mac 2009

PPSMI tidak menggalakkan Ilmu itu disimpan dalam Bahasa Melayu

Ramai di antara kita mahir membaca bahasa Inggeris. Adakalanya disebabkan kemahiran kita itu, kita sendiri tidak perasan bahasa sumber yang kita baca itu dalam bahasa Inggeris.

Ianya difahami sebagaimana penutur bahasa Melayu memahami bahasa Melayu.

Apabila kita banyak membaca Inggeris, ianya sudah 'biasa' difahami, dan tidak pula terfikir bahawa ada saudara mara kita tidak memahaminya.

Untuk kepala otak sendiri, mendapat maklumat dalam bahasa Inggeris itu sudah mencukupi, tetapi ia tidak menjamin ianya disimpan untuk bacaan orang lain.

Bahasa adalah medium penyimpanan ilmu.

PPSMI tidak menggalakkan ilmu Inggeris ditulis semula dalam Bahasa Melayu atau bahasa lain.

Maklumkan, sudah faham cukuplah.

PPSMI menggalakkan supaya menukar bahasa berfikir kepada Inggeris. Kalau boleh sehingga bila-bila pun ianya perlu diInggeriskan.

Tetapi kini bahasa Inggeris tidak berkembang sebagaimana ianya berkembang selepas perang dunia ke 2.

Terlulu banyak sumber maklumat Inggeris menyebabkan maklumat itu tidak disimpan di dalam Bahasa Melayu.
Rasionalnya?

Kita lihat apabila Balasundram membuat akuan berkanun tentang Altantuya, ianya tidak diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh sesiapa. Sebab apa?
Mungkin ramai yang sudah faham, tidak merasa perlunya ianya diterjemahkan ke Bahasa Melayu.

Akan tetapi, apabila wartawan Peranchis membuat artikel tentang Altantuya dalam Bahasa Peranchis, ada pula pihak yang menterjemahnya ke Bahasa Melayu.

Kenapa?
Satu bentuk pemikiran kusangkasemuabolehfahamisme telah wujud dan ianya menentukan samada ianya perlu diterjemah atau tidak.

Apabila artikel ditulis dalam Bahasa Peranchis, maka   kusangkasemuabolehfahamisme tidak wujud.

Jejaka kacak yang mahir peranchis sekali pun pasti tahu tidak semua rakyat Malaysia faham Bahasa peranchis.

Kerana itu ia diterjemah kepada Bahasa Melayu.

Fahaman kusangkasemuabolehfahamisme adalah satu fahaman yang bahaya kerana ia menyebabkan ilmu tidak disimpan dalam bahasa sendiri.

Jadi mengapa Kerajaan Malaysia terlalu banyak menghantar pelajar ke Negara berbahasa Inggeris?
Fahaman kusangkasemuabolehfahamisme  akan bermaharajalela.

Kalau Malaysia menghantar lebih ramai pelajar ke Jerman dan Jepun, maka tidak wujud kusangkasemuabolehfahamisme bagi ilmu yang ditimba dari jepun.

Toti bawa balik buku jepun pun, belum tentu pelajar yang belajar di Jerman boleh faham.
Kalau Toti kahwin dengan Sarah yang belajar di Rusia, belum tentu anak mereka boleh faham kedua-dua bahasa Jepun dan Rusia.

Siapa boleh jamin anak dia boleh faham bahasa Rusia, Jepun, Jerman, Peranchis sekaligus?
Kerana itu ilmu perlu disimpan dalam Bahasa Melayu.

Ilmu untuk beberapa generasi, bukan 1 generasi sahaja.

Oleh itu fahaman kusangkasemuabolehfahamisme perlu dihapuskan, supaya lebih banyak ilmu dari sumber pelbagai bahasa boleh dikumpul dan diolahkan oleh kita dan anak cucu kita.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit