Syiling Emas BungaRaya 10 gram 999.9
Penyimpan Nilai Terbaik,
Termurah di Tanah Air, Mampu Milik.
Dulu mereka kata golongan yang anti PPSMI sebagai golongan yang tidak mahu belajar Bahasa Inggeris.
Mereka katakan golongan pencinta bahasa ini hanya taksub bahasa, kononnya sanggup korbankan bangsa kerana bahasa.
Segala mak nenek hujah pentingnya Bahasa Inggeris itu dikeluarkan.
Dengan 'orang bahasa', mereka bolehlah kata sebegitu. Kebanyakan orang bahasa adalah orang sastera.
Tidak cukup itu, hujah "gas pemedih mata" juga digunakan untuk mempertahankan keagungan Bahasa Inggeris.
Tetapi apabila golongan aliran sains yang anti PPSMI pula bersuara, hujah mereka menjadi lain pula.
Apabila penentang PPSMI datang dari golongan yang mahir berbahasa Inggeris, hujah mereka bertukar.
Saya menyokong PPSMI kerana saya pelajar aliran sains yang lemah dlm BI. Biasanya yg menentang PPSMI ni bukan aliran sains di universiti atau dia memang pandai English di sekolah menengah lagi. Golongan ini tak nampak kegunaan PPSMI kerana mereka tidak mengalami!Maka, mereka tentang tanpa memperdulikan kesannya kpd generasi akan datang didorong oleh dasar bahasa negara (apakah dasar ini tidak mungkin jadi seperti yang disifatkan oleh Nabi Yusuf a. s. dlm Quran “…sammaitumuha antum wa aba ukum..”!). Menyokong membabi buta memang salah, tetapi membantah membabi buta pun salah!
Mana perginya tohmahan kononnya penentang PPSMI tak mahu belajar bahasa Inggeris?
Tidak boleh digunakan sebagai senjata lagi kah?
Bukankah Polis British menyokong membabibuta dasar PPSMI sehingga mengeluarkah hujah gas pemedil mata?
Besar sungguh jasa British menubuh pasukan polis. Sehingga hari ini, British tidak boleh dicabar, Ketuanan Inggeris dijaga rapi oleh mereka.


Catat Ulasan