test

Khamis, 5 Februari 2009

Jenayah BESAR terhadap PERAK

Saya tahu, ramai yang inginkan saya menulis tentang 'Perak' ketika 'Perak' amat hangat.

Tetapi diminda saya ketika ini lebih tertumpu tentang bagaimana hendak menggunakan perak sebagai penyelamat ekonomi masyarakat setempat.

Perak adalah wang sejak dulu sehingga 1873.

Zaman dahulu, emas dan perak adalah matawang.
Kemunculan 'Piawaian Emas' (Gold Standard) yang menggunakan kertas sebagai mewakilkan emas, menyebabkan perak sedikit demi sedikit hilang status matawangnya.

Dulu Sterling, Baht, USD adalah kepingan perak.

Perak Sterling adalah 92.5% perak.
dulu nama Pound Sterling itu adalah berasal daripada beberapa keping syiling perak sterling mestilah beratnya 1 pound.

Lama kelamaan, emas kemana, perak kemana.

Kewujudan duit kertas sebenarnya banyak membunuh perak berbanding emas.
Emas wang besar, Perak wang untuk jualan harian.

Apabila kertas digunakan untuk mewakilkan emas, maka apa guna perak?
Permintaan terhadap perak merosot sejak wujudnya piawaian emas.
Sehingga satu tahap, apabila lombong perak dijumpai, sepatutnya mereka bergembira kerana lebih kaya, tetapi sebaliknya perak pula tidak jadi matawang.

Di Amerika dahulu, 1 auns perak nilainya 1 dollar, kemudian beberapa dollar itu samakan dengan beberapa eagle.
Eagle itu wang emas Amerika.

Teknik sebegini sebenarnya telah menetapkan nisbah nilai perak dengan emas.
Bagaimana ianya boleh tetap, kalau permintaan terhadap perak dikurangkan.
Emas disimpan kerana digunakan untuk sebagai wang yang belum ditebus, tetapi tidak perak.

Ketika Zaman Khalifah siapa entah (lupa), wujudnya larangan untuk menetapkan penukaran Dirham(Perak) dengan Dinar(emas). Kerana ianya memang berubah.

Orang putih panggil "Gold Silver Ratio".

Jadi, pada 1873, wujudnya jenayah besar terhadap Perak yang dipanggil Crime of 73

Sila baca

Coinage Act of 1873

 

15 comments:

  1. Tanya sikit:
    1. satu nizar berapa perak?
    2. satu nasarudin berapa perak?
    3. satu najib berapa perak?
    4. Tu yang tiga ekor lagi tu berapa perak?
    5. atau berapa sen?

    BalasPadam
  2. maknenye harga perak dengan emas saing saing la kalau gadai

    BalasPadam
  3. 1 nizar = 3 gram perak.

    nasarudin, najib dan 3 lagi itu tiada harga

    BalasPadam
  4. 1 nizar = 1 ngeh ngeh ngeh .....

    BalasPadam
  5. lelong lelong ... najib 1/2 darham.

    lelong lelong ... nasarudin 1 darham.

    lelong lelong ... jamaludin 1 darham

    lelong lelong ... osman jailu 1 darham

    lelong lelong ... hee yit fong 1 darham

    haha.

    takde sape ke nak ulas coinage act ni.

    wa dah baca pasal ni dalam buku friedman on monetary system tu.

    Pakdi
    http://pakdi.my

    BalasPadam
  6. Pheh! Pakcik Sebol kalau cerita bab mata wang ke, emas ke, perak ke, ekonomi ke, memang power... Saya pun pening…

    BalasPadam
  7. satu pinggan laksa perak berapa perak?

    BalasPadam
  8. Pa'achik:

    Biasanya matawang berasaskan perak itu mempunyai spesifikasi sendiri dan nama sendiri.
    Sebagai contoh 3 gram Perak == 1 Dirham.

    Maka, 1 pinggan laksa perak, mungkin harganya 1/2 Dirham.

    BalasPadam
  9. "berniaga orang lagi untung daripada berniaga unta"-Husain Lampoyang

    BalasPadam
  10. Perak tetap perak. Tapi Perak Darul Ridzuan tetap lain.....

    BalasPadam
  11. haru... haru... Perak makin celaru...

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum,

    ini berkenaan tindakan sesetengah penyokong pr yg agak keterlaluan terhadap Sultan Azlan. teman lagi suka kita ambil tindakan yg lembut.

    teman percaya tindakan Sultan Azlan ada hikmahnya. kenape kita tidak ambil sesuatu yg positif dari keputusan itu.

    teman percaya tindakan najib mengumumkan secara terbuka pada 4hb telah memberi tekanan kepada baginda. ini satu tindakan yg jahat kepada baginda. ingin mengheret pihak istana supaya amno nampak baik saje.

    baginda tiada pilihan melainkan memberi kuasa kepada amno. tetapi dlm masa yg sama baginda telah meletakkan beban yg besar pada amno. ramai yg tak nampak benda ini.

    beban yg besar teman maksudkan adalah 2 biawak hidup dari pkr dan mahkamah. apakah amno mampu menepis persepsi rakyat yg matang dan waras?

    semua org sudah tahu apa keputusan mahkamah nanti. seperti juga rakyat telah tahu keputusan mahkamah bila anwar dibicara dulu.

    apakah dua adun itu akan disabit bersalah? tentu tidak. runtuhlah kerajaan amno perak jika mereka bersalah. budak tadika pun tau ini.

    jadi gunakan kesempatan ini untuk menunjukkan kebobrokan amno. inilah hadiah yg Sultan Azlan beri kepada rakyat malaysia dan perak khususnya untuk terus meluat kepada amno dan mencampak mereka pada pru 13 nanti.

    kita perlu ingat raja2 melayu pernah dihina oleh amno suatu ketika dulu. jadi inilah balasan yg Sultan Azlan mahu amno terima.

    jadi kita sebagai penyokong PR jangan lepaskan peluang perang psikologi ini untuk menghentam amno dan mencelikkan pengundi atas pagar. teruskan perjuangan.

    BalasPadam
  13. salam...
    aku memang setuju ngan paloi. sekarang ini amno tersangat dalam keadaan terdesak selepas 2 pilihanraya kecil sehingga sanggup merampas kuasa secara zalim...dan telah mengheret sultan dalam permainan politik kotornya.asasnya amnolah yang menjatuhkan keyakinan rakyat kepada sultan Azlan. apo yg nak heren sabah sebelum ini pun mereka boleh buat.
    yang herennya mereka sanggup terima 3 mereka yang melompat...yang mereka pun tahu status mereka.pastinya 2 mereka akan trlepas drpd mahkamah. dan aku percaya kalau di bubarkan dun amno tak akan letakkan letakkan calon tersebut

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit