Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau

Apa yang hendak dibaca






Syiling Emas BungaRaya 10 gram 999.9
Penyimpan Nilai Terbaik,
Termurah di Tanah Air, Mampu Milik.


Apa sudah jadi dengan laman web PERKESO?

Mereka telah mengubahsuai laman web perkeso, sehingga perlu bergantung kepada flash.

Sejak bila flash menjadi aplikasi web yang sah? ISO mana?
Undang-undang tubuh mana yang mengatakan flash sudah menjadi piawaian internet?

Apa yang webmaster perkeso kejar?
Kecanggihan?

Tidakkah mereka tahu kalau laman web 100% bergantung kepada flash akan menyebabkan ianya tidak boleh dibuka menggunakan platform tertentu?

Bila masa flash boleh digunakan dalam telefon? iPhone pun tidak menyokong flash
Nampak sangat webmaster Perkeso, kemaruk teknologi tapi tidak mengamalkan pelungsuran web menggunakan telefon.

Kalau kemaruk sangat flash, buat laman web sendiri lah, jangan libatkan sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan rakyat.

Tidakkah webmaster perkeso tahu bahawa robot google tidak dapat melepasi flash yang dijadikan pintu utama, dan menyebabkan  rakyat sukar mencari maklumat?

Siapa "Barua Adobe" dalam Perkeso?

Apa yang canggih sangat flash sehingga pengguna tidak boleh buka pautan di tab baru seperti yang diamalkan oleh pengguna?

Akhir sekali, saya ulangi perkataan yang saya sering perkatakan pada zaman perang web dulu iaitu:

Protokol HTTP itu bukan Bapak Kau Punya

22 ulasan:

  1. w4d4i on 26 Februari 2009 2:26 PTG

    kecanggihan je kot..

     
  2. Amran on 26 Februari 2009 2:47 PTG

    pengarutan ini mesti dibenteras. Hantarkan surat bantahan.

     
  3. Hasbullah Pit on 26 Februari 2009 3:06 PTG

    Amran:

    Hujung minggu ini, MAMPU ada anjurkan Minggu Promosi Kerajaan Elektronik.

    Rasa sesuai untuk kita hantar memorandum bantahan penggunaan teknologi tertutup pada laman web kerajaan.

     
  4. prasath on 26 Februari 2009 4:12 PTG

    hahaha, baik punya komen. hits the target person. "bullseye"

     
  5. jasindaily online on 26 Februari 2009 5:16 PTG

    bro sebol...minta tolong promote sikit kmpen jom sertai pas...ana pohon kerjasaama dari anta sangat2....ni arahan dari negeri kepada anta

     
  6. mas on 26 Februari 2009 5:53 PTG

    pakcik, takkan psl nk kuar kt malaysiakini pun, nk guna nama nizar sbg tajuk..kih kih kih...

     
  7. Hasbullah Pit on 26 Februari 2009 6:07 PTG

    mas:

    Sungguh mas, sungguh
    Sungguh saya nak tau apa pandangan Nizar tentang isu ini.

     
  8. ezza erisa on 26 Februari 2009 6:12 PTG

    sama macam website immigration yang kalau guna internet explorer tak boleh click kanan

    mabuk javascript

     
  9. Hasbullah Pit on 26 Februari 2009 6:37 PTG

    Jasin Daily:

    Done,

    Lawa pula blog aku bila ada banner tu.
    Lepas ni Lajnah ICT PAS Melaka boleh hantar Memorandum Keterbukaan Teknologi Maklumat, kepada MAMPU.

    Draf nanti aku buat.

     
  10. inertz on 26 Februari 2009 6:47 PTG

    Source code dia mahal sangat kot. Sebab tu pakai Flash.

     
  11. romantis on 26 Februari 2009 7:45 PTG

    Bukan politik saja perlukan reformasi, sistem web kerajaan tersangatlah perlu reformasi total, hapuskan haprak Flash dan pecacai Internet Explorer Microsoft!

     
  12. cencurut on 26 Februari 2009 9:00 PTG

    Bhai...

    Gua punya pandangan camnie la..

    Kepada sesapa yang kemaruk sangat nak flash itu ini tue.... baik rentikan la...

    sebab....

    Kat M'sia nie ramai yang masih pakai Dail-Up lagie (56K)... dan ramai gak yang paling laju dier dapat adalah 400kbps .... tolonglah kesian kat kami....

    Lagipun... banyak system administrator yang suka guna LYNX sebagai web browser...

     
  13. `narumi on 26 Februari 2009 10:37 PTG

    haduu... skg zaman web 2.0 da.. sape nye designer ne... xde ciri2 web 2.0 pun.

     
  14. Vendetta on 26 Februari 2009 10:43 PTG

    Aduh...ini boleh dikira sebagai gagal dalam perkara asas ("failed the basics").

    Asas ni bukan saja berkenaan membuat "menatang alah" yang dipanggil laman web, tapi juga faktor-faktor lain terutama sekali bakal-bakal pengguna laman web tersebut.

    Encik Hasbullah, mari protes kesengalan laman web agensi kerajaan ni dengan memakai stokin di satu kaki sahaja dan satu lagi dibiar tak berstokin. Ini bukan idea asal saya. Silalah bertanya kepada si Tukar Tiub...

    Kalau "abomination" ini tak di perangi, makin menjadi-jadi nanti......seperti juga "abomination" lain: Letak kereta ikut suka mak bapak dia etc. etc. (Tak larat nak tulis, banyak sangat kesengalan rakyat Tanah Boleh ni....)

     
  15. paloi bin mulau on 26 Februari 2009 11:24 PTG

    hehehe lagi satu teman nampak webmaster perkeso pakai monitor resolusi 1280x1024 muahahahahaha

     
  16. Tanpa Nama on 27 Februari 2009 1:48 PG

    blog pemuda melaka sudah didirikan...tapi dalam proses nak touch up.....www.pemudapasmelaka.via.my....sepatutnya ia dah didirikan bulan sbelas..bnyak nau halangannya terpaksa ubah plan - jasindaily

     
  17. Tanpa Nama on 27 Februari 2009 9:04 PG

    Macam budak-budak la ...

     
  18. Kavi on 27 Februari 2009 9:17 PG

    pada pandangan saya, mana-mana laman web yang berfungsi sebagai penyebar maklumat kepada rakyat patut menpunyai bandwidth yang rendah beserta dengan layout yang mudah..... bukannya macam Streamyx ni hebat sangat untuk support flash sana, flash sini....

     
  19. Tanpa Nama on 28 Februari 2009 11:14 PG

    Untuk tatapan semua yang memberi ulasan dan komen yang murahan.

    Inilah perangan den identiti MELAYU yang tak pernah nak maju, asyik nak melekihkan orang. Kalau pandai komen tak ada cadangan tolonglah hentikan.

    Flash tak boleh pakai, IE tak boleh guna.... so cadangkan lah satu s/ware atau apa nama sekalipun yang dibina dan dicipta oleh orang melayu untuk digunakan oleh semua institusi kerajaan. Hidup MALAYSIA

     
  20. Hasbullah Pit on 28 Februari 2009 12:28 PTG

    Tanpanama:

    Kenapa pemikiranmu masih dibawah "tempurung perisian"?

    Apabila disebut web, apabila diperkatakan tentang sesuatu yang awam, maka ianya perlu terbuka.

    Bukan soal tak boleh guna perisian MSIE, bukan tak boleh guna perisian tempatan atau barat.

    Bukan soal,perisian melayu atau tidak.

    Ini soal spesifikasi.
    Sila keluarkan diri dari tempurung perisian.

    Wujudnya web, dan wujudnya spesifikasi terbuka adalah untuk mewujudkan situasi dimana sesiapa sahaja boleh memilih perisian apa yang mereka mahu supaya ianya boleh dibuka oleh semua orang.

    Apaguna perisian tempatan kalau ianya tertutup, dan hanya memerlukan perisian dari syarikat itu sahaja untuk membacanya.

    Keluarkan diri daripada pemikiran lotus 123 wordstar dan Dbase.

    Zaman buka sesuatu format guna satu jenis perisian sudah lama berakhir.

    Begitu juga web, perang pelungsur web IE vs Netscape sudah berakhir.

    Kebanyakan pelungsur web cuba untuk ikut spesifikasi yang ada. Kepada pula ada webmaster kerajaan yang dengan sengaja melarikan diri daripada spesifikasi yang ada?

    Nak buat web, faham HTML, XHTML dan seluruh spesifikasi terbuka yang ada. Ada spesifikasi terbuka yang telah dinaiktarafkan menjadi piawaian ISO.

    Ada 1001 spesifikasi terbuka untuk web, kenapa memilih spesifikasi tertutup? Apa alasannya?

    Sekiranya flash ingin digunakan, gunakanlah, tetapi jangan halang perisian yang ikut spesifikasi untuk mendapat maklumat.

    Kalau pandai komen tak ada cadangan tolonglah hentikan.
    Cadangan saya, baca sahaja w3c.org
    Baca sekali bidang ilmu "web usability"

     
  21. Vendetta on 28 Februari 2009 10:11 PTG

    Encik Hasbullah,

    Saya berani bertaruh yang Tanpa Nama 2009 Februari 28 11:14 tu adalah webmaster/pembuat laman web PERKESO itu sendiri...

    Hehehe....

    Pi balik sekolah la "Tanpanama" woooii!!! Kah kah kah!! Nampak sangat tak habis belajar sampai nama pun tak ada...Kah kah kah!!

     
  22. EiNS on 2 Mac 2009 7:05 PTG

    Stail boh intro kat depan, pastu guna flash pe barang...ketinggalan zaman tol...

    skarang ni zaman web 2.0, orang nak simplicity n user friendly...guna la teknologi AJAX ke pape ke...apa la webmaster

     
Blog Widget by LinkWithin

Ulasan.Terkini

Iklan Pakej Emas
Hanya RM 40 bagi 20,000 pengunjung unik
hasbullah.pit.my
.

Arkib Blog

Beras.Terpilih