test

Sabtu, 3 Januari 2009

UMNO Seakan-akan Tidak Mahu Menang PRK Kuala Terengganu P036

Saya pun hairan, kenapa tindak tanduk UMNO berkempen seperti tidak mahu menang pilihanraya.

Sebelum ini, Najib mengadakan satu majlis bayar hutang 400 juta, hanya untuk membuktikan BN bertanggungjawap. Walhal, mereka sendiri yang menunjukkan bahawa mereka sebelum ini tidak begitu bertanggungjawap.

Pada majlis yang sama, Najib mengatakan kalau mahu menang, mesti sama-sama sokong siapa sahaja yang dipilih menjadi calon. Seolah-olah selama ini cukup sukar benar bagi UMNO untuk menyokong siapa sahaja yang dicalonkan, terutama sekali apabila yang dicalonkan itu bukan rakan pasukan.

Rakyat boleh tahu, di dalam PAS, semua ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan, sejak dari dulu. Tidak perlu bercakap seperti Najib, seolah-olah satu-satunya cara untuk memang ialah sokong calon yang dipilih.

Kemudian, Wan Farid punya cakap banyak, persoalkan apa yang diperkatakan TG Nik Aziz. Pusing macam mana sekalipun rakyat lebih percaya TGNA berbanding Wan Farid. Nobisha cadangkan supaya Wan Farid terus duduk diam.

7 comments:

  1. mana boleh duk diam. gian nak menyanyi. Dalam bilik air pun jadi

    BalasPadam
  2. ish.sapa yang tak nak memang.UMNO dan PAS kedua-duanya nak menang.parti bebas pun sama nak menang juga.

    ahli PAS sokong siapa sahaja yang dicalonkan?tapi bukankah sebelum menamakan calon yang ketua-ketua dalam PAS memilih calon yang berbeza untuk bertanding di KT?itu pun dah nampak macam "tak menyokong rakan bukan pasukan".

    BalasPadam
  3. bila PAS bukak pasal isu hudud,kemungkin undi dari kaum bukan Melayu akan kurang tetapi mungkin lebih banyak undian dari kaum Melayu.UMNO pula mungkin kurang undi Melayu dan lebih undi bukan Melayu kerana lebih tertumpu pada pembangunan.

    tapi rasanya isu tempatan perlu dititikberatkan dahulu berbanding isu nasional kerana ini bukannya pilihanraya umum.

    mana-mana pihak yang mampu memberi gambaran dan boleh diharap untuk menjaga KT dan penduduknya sahaja yang akan dipilih oleh rakyat.

    persaingan di KT pada pru yang lepas sangatlah sengit.bagaimana pula kali ini?

    BalasPadam
  4. Jeremy Adnan:

    Mahu tidak mahu isu hudud sedang dimainkan.

    Cuba yang ditunggu adalah peutusan UMNO samada benar-benar mahu menolak hudud atau tidak.

    BalasPadam
  5. pas dgn umno sama aje pengecut...bila la akan wujud parti yg btui2 jamin hidup org islam...pas takut kt DAP..umno pluk takut kt MCA,.Gerakan..hampeh...dua2 tu x mampu nk wt hukum hudud kalo kedua2 ahli parlimen dari pakatan masing2 x nak wujudkan hudud tu...sembang aje lebat..

    BalasPadam
  6. Hanno detto che la rete era falso, ho riso, come se la realtà è davvero la stessa
    Christian Louboutin
    Christian Louboutin shoes
    Christian Louboutin uk

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit