test

Sabtu, 3 Januari 2009

Ahmad Said Salah Guna Kuasa, Ugut Pengundi Soal Peruntukan Negeri

Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu telah mengeluarkan kenyataan yang disiarkan di Buletin Utama dan bernama , mengatakan satu peruntukan 5.8 juta akan diperuntukan untuk Kuala Terengganu sekiranya mendapat mandat bagi Parlimen itu.

KUALA TERENGGANU, 3 Jan (Bernama)-- Kerajaan negeri merancang melaksanakan projek pembangunan bernilai RM5.8 juta di Kuala Terengganu sekiranya Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat untuk menerajui kawasan itu pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Jan ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, peruntukan tersebut meliputi RM2 juta untuk projek membaiki longkang dan jalan raya yang rosak manakala RM3.8 juta lagi untuk projek-projek kecil di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.



Saudara Adihamka telah mengatakan ianya sogokan,  tetapi bagi saya ugutan.

Peruntukan 5.8 juta dikatakan diberi oleh Kerajaan Negeri Terengganu, duit kerajaan negeri. Maksudnya, dia sudahpun mempunyai madat dan kuasa untuk memperuntukkan 5.8 juta itu tanpa perlu menunggu keputusan pilihanraya.

Pilihanraya kecil itu adalah parlimen, dan bukannya DUN, Kalah menang BN pada parlimen Kuala Terengganu tidak memberi kesan kepada Kerajaan Negeri Terengganu, tiada satu kerusi DUN pun dipertaruhkan.

Sekiranya BN kalah pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu, Mandat dan kuasa kerajaan negeri tidak pun berubah.

Jadi boleh ditafsirkan sebagai Ahmad Said, salah guna kuasa dan mengugut pengundi.

Sekiranya 5.8 juta diperuntukan untuk Kuala Terengganu, baiki longkang dan sebagainya, dari kerajaan negeri maka mengapa perlu menjadikan ia sebagai satu ugutan?

Lainlah kalau longkang dan Jalan Raya di Kuala Terengganu dibuat dan diselenggara oleh Kerajaan Persekutuan.

Kalau Ahmad Said nak tiru Ali Rustam serahkan sedikit demi sedikit tanggung jawap kerajaan negeri kepada persekutuan, buatlah.

Ahmad Said bercakap tentang mandat seolah-olah BN belum lagi mendapat mandat pada parlimen itu, walhal sebeloum ini Parlimen itu milik BN juga.

Kalau BN nak guna teknik sogokan, saya sebenarnya tidak halang kalau sogokan itu hanya meliputi peruntukan yang diterima oleh ahli Parlimen biasa. Bukan kuasa Menteri atau timbalan menteri atau jawatan/pengaruh dalam kerajaan.

6 comments:

  1. Betul.

    Tajam pemerhatiannya.

    Wajah Blog pun cantik.

    BalasPadam
  2. itu lah perangai dia orang ni. macam tak dak baca punya orang

    BalasPadam
  3. Biasalah .. Macam2 citer.. Ala si Said ni pun dulu dalam DUN pun boleh ugut2.. lagikan dah jadi MB

    BalasPadam
  4. Tuan Sebol,
    saya kira fahaman 'bangangisme' sedang disebarluas oleh puak mereka kendatipun mereka tahu mereka sebenarnya yang bangang. Rakyat dah lama celik mata!

    BalasPadam
  5. dalam hal ini UMNO boleh dikatakan tidak patut dipersalahkan 100%.kenapa?sebab bukan UMNO yang melantik MB Terengganu sekarang ini tetapi Istana yang melantiknya.jadi bila Ahmad Said mendapat sokongan Istana,makin menjadi-jadi la perangai dia.

    BalasPadam
  6. Quattro Passi per una vita di successo: 1, solitaria durata nel tempo; 2, resistere alla tentazione, 3, sanno dare, 4, imparare a scegliere
    Hanno detto che la rete era falso, ho riso, come se la realtà è davvero la stessa
    diablo 3 gold
    guild wars gold
    GW GOLD
    wow gold
    wow gold

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit