test

Sabtu, 6 Disember 2008

Mutaligat & Zubli Ketagih Politik Harga Minyak?

Kerajaan Tagih Subsidi atau Mutaligat Ketagih Politik Harga Minyak?
Atau Zubli yang lebih ketagih politik harga minyak?


Pengasas politik harga minyak di Malaysia adalah Anwar Ibrahim, dia yang banyak cakap fasal turunkan harga minyak.

Apabila harga minyak turun, tetapi harga barang tidak turun, maka ia menunjukkan teori Anwar Ibrahim gagal.

Namun, masih boleh bagi penagih politik harga minyak untuk meneruskan ketagihannya dengan cara:-
1. Terus salahkan BN bila harga barang tak turun, tanpa menunjukkan bahasa teori Anwar gagal
2. Terus mengatakan kerajaan ambil subsidi apabila harga minyak semasa lebih rendah daripada harga semasa.

Eh tunggu,
Kejadian harga minyak semasa lebih rendah daripada harga runcit petrol telah berlaku berbelas yang lalu.

Ketika tahun 90an sebelum berlaku krisis kewangan 1997, harga minyak semasa juga rendah daripada harga runcit.
Bayangkan harga minyak dunia ketika itu adalah dibawah USD 30, dan tukaran ringgit dengan USD adalah dalam lingkungan 1 USD = RM 2.50 - RM 2.60. Harga minyak semasa rendah berbanding harga runcit, dan hanya diturunlan 3 sen sahaja kepada RM 1.10.

Disebabkan wujudnya polisi harga minyak tetap, maka ianya dibiarkan sahaja.

Dan disebabkan ramai yang masih mampu, tidak pula kedengaran persoalan kerajaan tagih subsidi daripada rakyat ketika itu.

Politik harga minyak tidak dijadikan satu ketagihan ketika itu.

Apabila berlakunya krisis 1997/1998 harga minyak naik 10 sen dari RM 1.10 ke RM 1.20 punca utama ialah kejatuhan ringgit. Harga minyak semasa tidak lagi semurah dulu apabila ringgit jatuh.

Apabila berlakunya pengembalian harga minyak daripada "dirt cheap" ke harga sepatutnya, maka harga minyak dunia naik sedikit demi sedikit mencecah 140 USD.

Namun politik harga minyak dimainkan supaya minyak murah, apabila kerajaan beri subsidi, tetap dipersoalkan kenapa minyak naik. Akan tetapi apabila turun, kerajaan akan dipersoalkan kenapa harga minyak masih lambat turun.

Mana dia polisi harga minyak tetap yang mengstabilkan harga minyak Malaysia sejak berpuluh tahu yang lalu?
Adakah ia mahu digantikan dengan polisi harga minyak apung?

Itu persoalannya. Kalau mahu harga minyak runcit ikut harga minyak dunia, maka kita perlu rela harga minyak runcir mencecah RM 3.10 ketika puncak dahulu.

Kalau mahukan polisi harga minyak tetap, satu harga tetap perlu dicadangkan dan ianya tetap sepanjang tahun.

Sekarang ini, politik harga minyak terlalu populis, mahu yang urah sahaja, tetapi tidak mahu tinggi.

dan 90% faktor turun naik harga minyak dalah bergantung kepada USD, dab bukannya penawaran dan permintaan.

Tidakkan kita rasa bodoh apabila terikut rentak Amerika.

Harga minyak dunia dalam USD turun kerana nilai USD naik.

Amerika seperti biasa mahukan harga minyak rendah supaya boleh beli apa-apa dengan duit yang dicetaknya. Sudah dibailout bertrilion pun nilai USD masih tinggi.

Jadi sebagai blogawan PAS, yang mendokokng Islam, saya lebih suka PAS menjurus kepada Muamalat, harga minyak tidak tetap dan matawang ialah emas.

Pernah tengok graf harga minyak dalam emas?
tengok yang kuning

Annual average cost of crude from 1946 to 2008


Harga minyak dalam gram emas lebih kurang tidak meningkat sejak berdekad yang lalu.

Kalau kita guna Dinar emas dan Dirham Perak, maka harga minyak mungkin tidak dijadikan persoalan.

Rakyat yang tentukan nak undi parti politik pro ekonomi Keynessian atau sebaliknya.
 Tapi apa yang rakyat ada hanyalah politik yang pro keynessian tetapi sedikit populis.

5 comments:

  1. den x paham nape dikatakan teori anwar gagal? bila harga minyak naik harga brg ikut naik atas alasan kos production meningkat. Bila harga minyak turun, harga brg tak turun pasai teori nuar salah?

    Awat tak kata pasai ada yg tamak atau tiada penguatkuasaan atau kerajaan tak dak kuasa? logiknya "boleh" diturunkan kalau nak... tu bukan teori ekslusif nuar tp lebih kpd rule of thumb.

    112413

    BalasPadam

  2. Awat tak kata pasai ada yg tamak atau tiada penguatkuasaan atau kerajaan tak dak kuasa? logiknya "boleh" diturunkan kalau nak... tu bukan teori ekslusif nuar tp lebih kpd rule of thumb


    Kawalan harga itu semua angkara BN.
    Saya bukan penyokong BN.

    Adakah kita mahu hidup dalam dunia pasaran yang harganya bergantung kepada kawalan dan penguatkuasaan?

    Kawalan harga menyebabkan margin peruncit merosot, ramai yang terlingkup.

    Hapuskan monopoli, kembalikan penawaran dan permintaan.

    BalasPadam
  3. Hasbullah Pit

    Hehehehe...

    Aku melawak jah ngan pemimpin politik yang memilih supaya kedudukan mereka tidak memanfaatkan Rakyat Malaysia.

    http://satublogtotal.blogspot.com/2008/12/kenapa-zubli-tagih-harga-minyak-melalui.html

    BalasPadam
  4. jak and the bean stalk9 Disember 2008 1:22 PTG

    naik salah,turun pun salah.dulu minyak tidak dipolitikkan seperti sekarang.sekarang ni ramai yang ambil peluang jadi jagoan dengan mahu harga minyak seolah-olah dirujuk pada mereka yang sering membangkang.

    dulu Anwar bising kata boleh turunkan harga minyak jika PR berkuasa.tapi sekarang harga minyak turun lebih rendah dari harga yang Anwar beri terus Anwar senyap.

    BalasPadam
  5. harga barangan tak turun sbb tnb yg bengong tu bulum turunkan tarif letrik indusrtri yg hari tu naik puluhan persen huhuhu. byk gak sbb harga barang naik selain kos transport.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit