test

Khamis, 25 Disember 2008

Jambatan Melaka Dumai Dapat Memulihkan Ekonomi?

Ali Rustam adalah ahli politik yang suka merepek.
Kata-katanya banyak yang merepek.

Di atas sebab itu apabila dia berkata soal Jambatan ke Dumai, ramai yang kata dia merepek.

Ali Rustam banyak membazir wang kerajaan negeri.
Maka bila dia cadangkan Jambatan ke Dumai, maka minda kita automatik nampak ianya sebagai satu lagi pembaziran.

Jika Negeri Melaka penuh penyelewengan, maka pembinaan Jambatan itu juga dijangka akan berlaku penelewengan.

Lupakan sebentar tentang Ali Rustam.

Pandangan masyarakat terhadap cadangan itu condong kepada negatif hanya kerana yang cadangkannya ialah Ali Rustam.

Oleh itu, cuba bayangkan bahawa cadangan itu dibawa oleh orang yang 'kool' seperti 'Rausyanfikir' , orang yang kacak seperti Husam Musa atau saya


Mungkinkah maklumbalasnya berbeza?

1824, adalah tahun dimana "Empayar" Johor Riau sewenang-wenangnya dibelah dua oleh Inggeris dan Belanda.
Punca segala perpecahan adalah berpunca daripada penjajah, bukannya suka-suka orang Semenanjung tubuhkan Malaysia, orang Sumatera tubuhkan Indonesia.

Burhanuddin Al-Helmy, lebih cenderung untuk merdeka bersama. Tetapi disebabkan oleh penjajah tak sama, jadi merdeka tak sama.


Zaman dahulu, sesiapa sahaja boleh menyeberang menggunakan perahu untuk ke seberang. Tiada Passport diperlukan.

Zaman ini, "Bangi" yang lebih jauh daripada Melaka, kelihatan lebih dekat daripada Dumai.

Saya sendiri tidak pernah ke Dumai.

Zaman sempadan politik adalah sempadan segalanya, membuatkan mereka cukup jauh.

Sempadan internet pun dikira jauh.
Penduduk Dumai baca blog orang Melaka?
Penduduk Melaka baca blog orang Dumai.

Siapa yang memisahkan Melaka dan Dumai sehingga begitu "Jauh".
British dan Belanda.

Kenapa lebih mudah untuk orang Malaysia menyeberang ke Singapura?
1. bekas Jajahan British juga
2. Ada tambah Johor
3. Ada Linkedua

Mengapa mudah untuk orang Malaysia ke Selatan Thai?
1. Tak perlukan Jambatan,

Masih di dalam Malaysia, kenapa Pulau Pinang pesat membangun selepas adanya Jambatan sehingga perlukan jambatan lagi 1?

Saya sudah kata dulu Batalkan sahaja pembinaan Jambatan Pulang Pinang kedua

Sila baca perenggan di bawah tanpa rasa perkauman.

Mengapa bagi pulau yang majoritinya bukan Islam di binakan Jambatan? Mengapa pula apabila dicadangkan sahaja Jambatan untuk menyambung 2 kawasan majoriti Islam, banyak pula alasannya?

Alasannya hanya kerana Tak suka Ali Rustam Cadangkan?
Kena tunggu Husam Musa Cadangkan? Kena tunggu Anwar cadangkan? Kena tunggu Lim Guan Eng cadangkan? baru terima?


Sekiranya jambatan itu dibuat, yang menerima kesan adalah penduduk penduduk Dumai dan Melaka. tempiasnya akan sampai ke Muar dan Seremban dan Sepang.

Orang Dumai yang sakit Jantung boleh pergi ke Hospital Jantung Swasta Sime Darby yang letaknya di Merlimau.

Orang Melaka juga boleh berniaga di Dumai dan sebaliknya.

"Pelancongan" automatik bagi kedua belah pihak. Tak perlu Ali Rustam berikan Gelaran Datuk kepada orang Indonesia supaya meningkatkan kedatangan mereka.


Tatkala Ekonomi gawat, tetapi masih lagi ada duit. Pembinaannya "sekarang" mampu merancakkan ekonomi.

Usah anggap ianya hanya perlu guna duit kerajaan.

Kosnya harus ditanggung oleh 2 negara.

Tidak semestinya kerajaan persekutuan kedua-dua negara.
Syarikat minyak kedua-dua negara boleh bergabung tenaga, PERTAMINA + PETRONAS.
Pelabur Arab pun boleh sediakan dana.


Banyak lagi dana dalam dunia ini boleh digunakan.

4 comments:

  1. Baca buku teks ekonomi untuk tahun satu yang bertajuk "Economics" karangan McConnell dan Brue. Bila faham barulah cerita tentang mahu bina jambatan dari Dumai ke Melaka. Entahlah.

    Marilah kita berdoa supaya mendapat pemimpin yang berfikiran tajam lagi amanah. Bukan pemimpin yang berfikiran dangkal lagi tiada amanah.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...Kalau boleh salah sorang daripada kite kena berjumpa dengan PM kite iaitu Najib...supaya jambatan Dumai-Melaka dapat terlaksana dengan segera.Jangan babitkan isu jambatan ini dengan politik..atau pun suruh TV3 & RTM buat rancangan perbahasan mengenainya..
    saya yakin jika jambatan tersebut wujud,ekonomi kedua-dua negara akan menjadi rancak dan banyak pelabur asing akan masuk ke kedua-dua negara tersebut.lagi pun saya orang minang kabau..hehehe
    apo jak wa'ang ko tormonoung..copek la nyo buek jambatan...gi siko dan gi sitan kan sonang..leh dapat barang murah...

    BalasPadam
  3. anak jati melaka..18 Oktober 2012 10:07 PTG

    Aku sokong wat jambatan tu...belum cuba belum tahu...ayuh!! Dato najib....gerakkan program pembangunan melaka pulak...asik pahang dan johor je dapat projek mega...org melaka pun nak maju jugak...melaka benteng BN jugak ape..mari naikkan nama melaka&malaysia ttg jambatan tu...

    BalasPadam
  4. Jambatan Dumai Melaka tak praktikal kerana jarak dua lokasi ini yang jauh. Sebenarnya ada satu lagi rancangan yang dah dibentangkan di Indonesia iaitu Jambatan Sumatera Semenanjung Melayu yang menghubungkan Kukup (Johor) ke Karimun (Riau) yang jaraknya jauh lebih pendek 21km -berbanding Melaka - Dumai 48km. Selain jarak yang lebih pendek (kos yang lebih murah), lokasi yang dipilih juga lebih strategik dan lebih menggalakkan trafik 2 hala kerana kos tol yang pasti lebih murah, populariti Karimun yang makin terkenal sebagai pulau peranginan dan kedudukan kukup yang hampir dengan Singapura yang pastinya mampu menarik trafik dari 3 negara. Saya alternatif ini yang lebih perlu dikaji.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit