test

Jumaat, 12 September 2008

Larikan 49 Ahli Parlimen atau seorang Ahli Parlimen?

Malaysiakini.com

Hairan juga, 49 Ahli Parlimen dilarikan ke Taiwan untuk mempelajari teknik pertanian.
Semuanya dilarikan kerana untuk dilarikan dari Anwar Ibrahim.

Apabila ia melibatkan 49 ahli Parlimen, maka ia melibatkan kos yang tinggi.

Mengapa tidak mereka membawa Anwar Ibrahim sahaja mempelajari teknik pertanian di Taiwan?
Anwar Ibrahim pun ahli parlimen juga.

Bukankah ia lebih jimat?

12 comments:

  1. sokong tn sebol. tapi biarlah bawa sorang lagi kawan berbual. saya cadang brahim ali.

    BalasPadam
  2. Hasbullah Pit,

    Rasa susah sikit depa nak larikan Anwar Ibrahim.

    Tak makan saman dia ni.

    Nak mintak sampel DNA sikit pun, dia tak kasi.

    Taiwan? No way.

    Tapi, pandanganmu bernas...

    BalasPadam
  3. Elok bawa Pak Lah saja ke Taiwan, bukankah dia pernah bersabda, Pertanian adalah Perniagaan?

    BalasPadam
  4. Susah sikit kalau Pak Lah dibawa bersama.

    Terlalu ramai yang nak cendoi sama. Buat perabeh kuah kari ja.

    Lagi pun Pak Lah kini berdepan dengan serangan Team Anwar Ibrahim dari luar dan serangan Team Mahathir Mohamad dari dalam.

    Kesengalan debusyan Mat Mail paras bawah pusatnya masih terasa kaw-kaw punya.

    Suara dia pun dah berlain dah bunyinya.

    BalasPadam
  5. he he he...hang punyer pemikiran dah terlalu jauh bro sebol...aku rasa pasni sebol kena bertanding jadi MP, kalao menang sebol orang pertama kita hantar ke taiwan...tapi 4 tahun lagilaa

    BalasPadam
  6. Tuan,

    Ini komen orang Melaka ....

    Saya petik kenyataan ini dari http://www.mohdalirustam.com .. Saya tafsirkan Naib Presiden UMNO, Dato Seri Mohd Ali Rustam setuju secara rasmi Pak Lah berhenti Jun 2010. Bagaimanapun, mulai sekarang Pak Lah boleh bercuti dan berikan Dato' Seri Najib memangku jawatan tersebut:

    Keputusan Majlis Tertinggi dan Kabinet bahawa peralihan kuasa daripada YAB. Perdana Menteri Pak Lah kepada YAB. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib pada Jun 2010 adalah munasabah.

    Dalam masa peralihan, saya cadangkan pada masa masa tertentu YAB Dato Seri Najib memangku jawatan Perdana Menteri dan YAB. Perdana Menteri boleh menyerahkan kepada YAB. Dato Seri Najib untuk buat keputusan penting bagi beberapa dasar seperti ekonomi dan politik.

    BalasPadam
  7. Silembiks:

    Aku belum lagi bentang untuk bawa Taiwan Ke Malaysia.

    Cadangan untuk Hantar PakLah ke Taiwan menarik juga.

    Tapi kalau PakLah dihantar ke Thailand untuk kursus menjadi Pengacara Rangcangan Masakan.

    BalasPadam
  8. HP,

    elok jugak rasanya kalau dibuat program pertukaran MP mcm tukar uni. Di Taiwan depa baling2 kerusi dlm dewan tp di sini setakat baling kerusi di cawangan2 je.

    CankerSaurus

    BalasPadam
  9. kekekeke betul betul
    hantar saja Anwar ke Taiwan dan Burma sekali.

    BalasPadam
  10. Rasanya budaya Ahli Parlimen kita belum sampai ke peringkat Ahli Parlimen di sana.

    Pada depa baling kerusi, biasa beb...

    BalasPadam
  11. Beza tuu...

    Kerusi Baling

    Dengan

    Baling Kerusi

    Hehehehehe...

    Satu, ke sana tak yah naik kapalterbang.

    Satu lagi, nak rasa pii lah sendiri.

    BalasPadam

Google+ Hasbullah Pit