Yang Terbuku Di Hati
Luahan perfikiran sebebas-bebasnya.
denaihati.blogspot.com/
Ketika ini, sibuk dengan Isu Azan di Puchong, yang dikatakan melibatkan Teresa Kok.
Teresa Kok bersunguh-sungguh menafikan yang dia terlibat.
We want muhibbah road signs (14 Feb)
Apabila Teresa mempersoalkan kenapa perlu ada Jawi, saya sudah jawap di catatan blog berikut.
Teresa Kok fobia melihat tulisan Jawi (14 Feb)
Namun Teresa tetap mendirikan juga Papan tanda itu tanpa mengambil peduli sensitiviti umat islam di Malaysia.
We Have Erected 10 Muhibbah Road Signs in Kuala Lumpur Area (20 Feb)
6 bulan berlalu, rupanya ramai orang islam tidak tahu apa yang berlaku pada bulan febuari yang lalu, tetapi kini sudah ahu sudah kerap memajukan emel yang memaparkan gambar Teresa Kok menggantikan tulisan jadi kepada tulisan Cina dan Tamil.
Cukup banyak catatan blog yang memaparkan gambar itu, tetapi tidak memberi pautan kepada blog Teresa kerana sumbernya adalah berdasarkan emel.
Hari ini sahaja sudah ada beberapa catatan blog yang menceritakan isu papan tanda, walaupun sepatutnya ia sudah selesai 6 bulan yang lalu.
Itu yang terpapar baru-baru ini, belum lagi dikorek berapa banyak lagi catatan blog yang memaparkan isu ini.
Apabila ia sudah menjadi bahan untuk dimajukan melalui emel, maka ianya serius.
Ada ramai yang membaca emel itu tetapi masih tertanya-tanya apakah ianya benar, apakah ianya disengajakan, apakah sebabnya?
Maka, saya menuntut Y.B Teresa Kok untuk memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka.

Catat Ulasan