test

Isnin, 11 Ogos 2008

Masalah Yang Ada sebelum Forum "Memeluk Islam" Perlu Diselesaikan

Nak tau apa pandangan saya tentang Forum Memeluk Islam oleh Majlis Peguam?

Bagi saya, Forum Memeluk Islam itu hanya satu langkah yang tidak tepat untuk menangani "masalah" yang ada.

Saya tidak menafikan terdapat beberapa masalah, ada yang boleh diselesaikan, ada yang tidak boleh diselesaikan. Cubaan untuk menyelesaikan masalah berkaitan pemelukan agama Islam oleh Majlis yang diketuai oleh bukan Islam memang menimbulkan rasa tidak senang umat Islam.

Jed Yoong telah menggariskan beberapa permasalah yang timbul sebelum Forum Memeluk Islam
.
Sila baca.

Majlis Peguam bukan sahaja-sahaja membuat forum "Memeluk Islam" kerana sebab suka-suka.

Saya pendokong Undang-Undang Syariah tapi Ilmu tak banyak.

Tidak dinafikan terdapat kekeliruan antara dua sistem menyebabkan "masalah".

Ramai pembaca blog umat Islam tidak pernah tahu akan adanya permasalahan sebegitu.
Mungkin disebabkan terlalu lama duduk dibawah tempurung Tranungkite.

Masalah "body Snacthing" telah lama ada. Istilah Body Snatching itu bukan saya yang reka, tetapi para blogger bukan Islam yang menggunakan istilah sebegitu.


Ia merujuk kepada, situasi secara tiba-tiba Mayat seseorang bukan Islam diambil oleh jabatan Agama Islam kerana dia dikatakan telah memeluk Islam.

Bukan Islam menyalahkan "Islam Hadhari" sebagai punca berlakunya perkara sebegitu, orang PAS pula menyalahkan "Islam Hadhari" berlakunya maksiat.

Memang sudah menjadi tanggungjawap umat Islam untuk menyempurnakan jenazah umat Islam. Persoalan timbul ialah mengapa apabila sudah meninggal dunia baru tahu dia Islam? Tidakkah ada cara lain?

Kerana sebab itu, sebaik sahaja selepas pilihanraya, Paklah mengumumkan sesiapa yang memeluk Islam perlu memberitahu kepada umum. Saya tentang langkah itu kerana ia akan membahayakan nyawa saudara baru itu.

Namun apa penyelesaiannya?
Yang tidak sedap didengar, ialah apabila berlakunya seseorang bukan islam itu meninggal dunia, rupanya dia Islam, tetapi harta pusakanya jatuh hanya kepada anaknya yang beragama Islam jika ada.

Akhirnya, ia dianggap sebagai satu tektik bagi seseorang untuk membolot harta pusaka.
Salah seorang adik beradik masuk islam, pakat dengan bapa supaya masuk islam, kemudian bolot harta kerana hanya dia seorang sahaja yang islam.

Sebab itulah orang bukan islam beria sangat supaya sesiapa yang masuk islam dimaklumkan kepada umum. Tetapi apabila diumumkan kepada umum, lain pula masalahnya. Nyawa saudara baru itu yang akan terancam.

Saya tidak mahu Agama Islam dijadikan sebagai tektik bagi membolot harta.

Terdapat satu kes dahulu dimana seorang ibu kepada saudara baru tidak dapat mendapatkan harta anaknya yang memeluk islam tetapi gagal kerana dia bukan islam. Mahaguru58 mencadangkan kepada JAWI supaya memulangkan wang Insuran anaknya itu keada ibunya.
Dalam kes ini , si ibu adalah "mangsa" proses memeluk islam.

Kalau bab harta pusaka ini, sebenarnya ada penyelesaiannya.
Saudara baru hanya perlu diberitahu tentang perlunya membuat wasiat jika ingin memberi harta kepada ahli keluarga yang bukan islam.

Tentang makluman memeluk islam, bagi saya, tidak perlu memaklumkan kepada semua orang atas sebab keselamatan. Akan tetapi perlu juga beberapa bukan islam dimaklumkan tentang keislamannya, cukup sekadar kawan rapat yang bukan islam mengetahuinya.

Saya nak tulis panjang-panjang takut salah.

Walaubagaimanapun, saya mencadangkan pakar undang-undang syariah, atau Majlis Syura mengkaji persoalan yang ditulis oleh Jed Yoong itu. Ia boleh diumpamakan sebagai ringkasan kepada permasalahan yang ada.

Atau mungkin perlu diadakan pertemuan antara "mangsa" pemelukan Islam bertemankan Peguamnya berjumpa dengan Ulama-ulama PAS. Itu mungkin penyelesaian terbaik.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit