Blog Tak Berdaftar Yang Perlu Dipantau

Apa yang hendak dibaca






Syiling Emas BungaRaya 10 gram 999.9
Penyimpan Nilai Terbaik,
Termurah di Tanah Air, Mampu Milik.


Tahun lepas saya sudah mencadangkan bahawa Malaysia perlu mempunyai lagu kebangsaan yang baru.

Mari kita lihat Indonesia.



Itu bukan sekadar bendera Indonesia, tetapi ianya bendera "Sang saka merah Putih".
Sang Saka Merah putih bukan sahaja Bendera Indonesia, Ia juga bendera kita.
Bendera Nusantara, Malaysia Indonesia, selatan Filifina, Selatan Thai.

PKMM kata, Sang Saka Merah Putih itu jangan dikotori, dengan meletakkan keris padanya.
Menjadi Bendera UMNO.




Namun Bendera PAS juga Sang Saka Merah Putih dikotori, Namun ia tetap berasal dari sang saka merah putih.


Nampaknya UMNO dan PAS sama-sama mengkotori Sang Saka Merah Putih, namun ia jelas nampak berasal dari Sang Saka Merah Putih.

Begitu juga bendera Singapura, berasal dari Sang Saka Merah Putih.



Dan juga bendera Melaka, mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih.


Mengapa Bendera Malaysia tidak langsung mempunyai unsur Sang Saka Merah Putih?
Apa yang dibanggakan sangan dengan jalur menyerupai Amerika itu?

Maka, hari ini, saya merasakan perlu Malaysia menukar bendera Negara kita kepada bendera yang menggambarkan Sang Saka Merah Putih.

Oleh kerana, Indonesia sudah ambil "Sang Saka Merah Putih" yang tidak diubahsuai, maka Malaysia terpaksa "mengkotori" Sang Saka Merah Putih untuk dijadikan Bendera Malaysia yang baru.


Walaupun saya tidak menterbalikkan bendera seperti blogawan Amin Iskandar, Sama amat setuju cadangan dia supaya bendera Malaysia dicipta semula.


d) Bendera Malaysia dicipta semula. Malulah orang kata bendera Malaysia macam bendera Amerika Syarikat (Di Afghanistan, sewaktu menyertai dua misi pemantauan pilihanraya pada tahun 2004 dan 2005, rakyat Malaysia diharamkan untuk membawa bendera kerana dikhuatiri akan diserang oleh puak Taliban oleh kerana bendera Malaysia mirip bendera Amerika Syarikat)




Saya pula nak tambah syarat, "MESTI" ada unsur Sang Saka Merah Putih.
Maka Bendera Malaysia yang baru mungkin begini?


Sang Saka Merah Putih Malaysia?


Kemaskini 31 Ogos 2009:

Cadangan Bendera "Sang Saka Merdeka"



Mirip Bendera Rakyat Kemerdekaan Malaya yang diperjuangkan PUTERA AMCJA, yang telah dilancarkan pada 1947.
(Tanpa perlu restu Penjajah British)

Penangkapan besar besaran pejuang kemerdekaan oleh British adalah pada tahun 1948.


Sila lawati juga:

Bendera Rakyat 1947

Sang Saka Malaya


BERKIBAR LAH


27 ulasan:

  1. fie on 10 April 2009 1:15 PTG

    jadi artinya apa?

     
  2. Tanpa Nama on 4 Mei 2009 11:24 PTG

    takpe perlu mcn tue bro, kite guna bendera rakyat yang pernah dicadangkan dulu. mungkin perlu tambah satu bintang lagi supaya jadi "13" bintang?

     
  3. Tanpa Nama on 7 Mei 2009 7:31 PTG

    malu nya aku jd org malaysia.

     
  4. SuaraMuda on 26 Julai 2009 9:12 PG

    Sebagai rakyat Malaysia, saya tidak malu dan tidak segan malah tersangat bangga menjadi anak Malaysia!. Bukan Jalur Gemilang sahaja yang mirip dengan bendera Amerika.

    Bendera Indonesia (Mula digunakan: 17 Ogos 1945) bernama "Sang Saka Merah Putih" mirip dengan bendera Monaco (Mula digunakan: 6th Century) dan Solothum yang mempunyai warna yang sama. Ia juga mirip dengan bendera Poland (Mula digunakan: 14 April 966) tetapi dengan kedudukan warna yang terbalik. - http://id.wikipedia.org/wiki/Bendera_Indonesia

     
  5. Baginda Reformasi on 26 Julai 2009 3:03 PTG

    Asal bendera "merah putih" adalah inspirasi dari perjuangan Indonesia menuntut kemerdekaan dari penjajah ..Tu sebab UMNO pun merah putih,Singapura pun merah putih...PAS pun merah putih asalnya...Lambang bulan penuh adalah lambang parti ganti bulan sabit

     
  6. Tanpa Nama on 26 Ogos 2009 12:38 PTG

    jgn buta sejarah.jgn suka menuduh membuta tuli.Peduli apa tetang persamaan bendera dan tentang warna.Kita harus saling hormat menghormati antara satu sama lain.Jgn jadi seperti Dunia Arab, walaupun kaya dgn hasil bumi,namun masih belum mampu untuk membela nasib umat islam yang tertindas seperti Palestin,Sudan dan seumpama.

     
  7. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 1:45 PG

    apa punya kerja gila lah kamu ni...banyak benda lain boleh difikirkan dan dibuat...bendera orang yang nak kau amukkan...

     
  8. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 1:54 PG

    Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera.

    Satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

    Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima.

    Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama tetapi 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi keris bersilang itu.

    Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

    Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 29 November 1949 menunjukkan majoriti orang telah memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu En. Mohamad bin Hamzah.

    Rekabentuk tersebut telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

    "That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."



    Rekabentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

    Terus terang saya cakap...kalau saudara malu sangat dengan bendera Malaysia...saudara boleh duduk di indon...

     
  9. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 1:57 PG

    ni lah jenis manusia yg akan membuatkan negara dijajah skali lagi..
    hari selasa ini 2 september sy menyuruh anda ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya anda memberi semula hak kerakyatan negara malaysia.dan tlg lenyapkan diri anda dari negara ini!!!!
    org seperti anda adalah PENGKIANAT BANGSA,AGAMA dan NEGARA..dan anda tidak layak memijak sebutir pasir pn yang ada di negara ini..

     
  10. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 1:59 PG

    kepala bapak kau hasbullah pit.kau ni sakit mental ke

     
  11. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 2:33 PG

    Kamu serahkan segala yang kamu miliki di bumi bertuah ini... Nampak gaya, kamu malu mengaku sebagai anak malaysia yang selama ini memboncitkan perut kamu dan mengandungkan isteri kamu... Bangsat punye keturunan!!!!

     
  12. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 2:33 PG

    bodoh gile.pasal bendera pun nak buat jadi isu. Kalau kena serang ngan yahudi, aku tembak ko dulu, baru aku tembak yahudi tu. Dasar tak sedar dek untung!

     
  13. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 2:41 PG

    MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
    Dulu ada puak parti isle yang kata "orang melayu, buat jarum pun tak reti tapi ada hati nak merdeka" Sekarang kita dan buat proton bukan sekadar jarum.

     
  14. Hasbullah Pit on 31 Ogos 2009 2:47 PG

    Tanpanama 2009 Ogos 31 02:41 :
    Itu Datuk Onn yang kata.

     
  15. Hasbullah Pit on 31 Ogos 2009 2:53 PG

    Tanpa Nama on 2009 Ogos 31 01:54

    Bendera Rakyat telah dikibarkan seluruh Malaya seawal Disember 1947 Tanpa mempedulikan samada Tuan Inggeris UMNO setuju atau tidak.

    Berbanding Bendera Persekutuan Tanah melayu dengan restu tuan INggeris UMNO (King George) pada 1950.

    Bendera mana yang lebih mirip Bendera Rakyat?

     
  16. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 2:55 PG

    seseorang yang mempamerkan Jalur Gemilang dengan cara yang dianggap menghina boleh dikenakan tindakan menurut Seksyen 3 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963. Mengikut sesyen 5 plak jika disabitkan kesalahan menghina bendera kebangsaan, seseorang boleh dikenakan denda sehingga RM1,000

     
  17. Hasbullah Pit on 31 Ogos 2009 3:11 PG

    Tanpa Nama on 2009 Ogos 31 02:55 :

    Saya tidak menterbalikkan Jalur Gemilang.
    Perhatikan ayat betul-betul

    "
    Walaupun saya tidak menterbalikkan bendera seperti blogawan Amin Iskandar, Sama amat setuju cadangan dia supaya bendera Malaysia dicipta semula."

     
  18. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 5:06 PG

    manusia tak sedar dek untung...sekolah pun kat STAR, anak subsidi. kerja kat petronas, kerajaan punya...kamu sekolah dulu seluar dalam pun kerajaan tanggung. kurang ajar, bangsat!!! mak bapak kamu tak bagitau kamu sejarah ke??? buta perut punya manusia. kalau kamu rasa negara ni tak bagus, apa tunggu lagi...blah le. Pegi minta jadi warga Indon ke, Siam ke tak pun p bangla la...

     
  19. Tanpa Nama on 31 Ogos 2009 6:09 PG

    ape itu sang saka merah putih? siapa itu sang saka merah putih? dimana asal usul sang saka merah putih ? boleh beri penerangan sikit...

     
  20. Azlan on 1 September 2009 12:50 PG

    saya akan buat laporan polis ke atas blog ni esok.salinan posting ni dh saya simpan utk tujuan laporan polis

     
  21. Tanpa Nama on 1 September 2009 7:56 PTG

    sang saka merah putih i dun give a shit..how bout that?get a life,mate.
    what a douchebag.

     
  22. Ramli Adam on 3 September 2009 10:23 PG

    Azlan,
    sket2 nak repot polis.
    sket2 nak repot polis.
    orang nak lontar idea.
    takkan tak boleh..
    sket2 nak repot polis.
    sket2 nak repot polis.

     
  23. arm on 7 Oktober 2009 9:02 PTG

    salam..sudah la tue..bising jak korang semua nie...tue indon nak serang Malaysia..bersatulah wahai rakyat Malaysia...jangan kita asyik nak bertengkar sesama sendiri...tau2 buluh runcing dah melekat kat belakang...lawat la blog gua kat arm-kamikaze@blogspot.com

     
  24. adipati bumiayu on 10 Januari 2010 1:36 PG

    Bendera Sangsaka Merah Putih terinspirasi dari Bendera Majapahit yaitu Bendera "gula kelapa", getah-getih.
    bahkan pada sebelumnya kerajaan Singhasari menggunakan bendera merah putih sebagai lambang kerajaannya.

    terimakasih

     
  25. Tanpa Nama on 9 November 2010 2:52 PTG

    Malaysia tak pernah curi bendera Amerika,bendera Amerika diambil dari inspirasi bendera Union Jack.
    jalur merah pada bendera Amerika dari jalur merah Union Jack,biru pula pada board bendera Union Jack. Cuma penambahan bintang mewakili 50 state kt Amerika.

    Begitu juga Malaysia dgn penambahan bintang dan bulan sabit warna kuning mewakili raja berperlembagaan dan agama Islam.

    Australia dan New Zealand juga begitu dari inspirasi BENDERA UNION JACK.

    Tengok balik sejarah Empayar Britain la kawan baru tau tiru ke tak tiru.

     
  26. SiksaClothing on 21 September 2011 7:56 PTG

    jangan kotori bendera sang saka... xkan kita nk naikan bendera yg ada unsur2 jajahan. warna bendera kita sama lebih kurang bendera union jack

     
  27. Tanpa Nama on 18 Disember 2011 5:07 PG

    jalur merah putih dekat jalur gemilang tuh tak menunjukkan merah putih ker?

     
Blog Widget by LinkWithin

Ulasan.Terkini

Iklan Pakej Emas
Hanya RM 40 bagi 20,000 pengunjung unik
hasbullah.pit.my
.

Arkib Blog

Beras.Terpilih