test

Rabu, 30 Julai 2008

Tip Blogger: Tajuk Pada Catatan Blog

Peraturan utama ialah Catatan Blog mesti mempunyai Tajuk.

Seandainya Bentuk tulisan pada susunatur blog itu tidak membuatkan tajuk catatan kelihatan besar, Sila jangan letak tajuk pada kandungan blog dengan tulisan besar dan membiarkan ruangan tajuk kosong.

Sebaliknya, jika mahukan tulisan pada tajuk besar dan mengikut warna yang disukai, Sila ubah suai di tetapan "Layout : Font and Color".

Jika masih lagi tidak menepati citarasa, sila dapatkan khidmat nasihat daripada pakar CSS berdekatan.

Sekiranya catatan blog tidak mempunyai tajuk di ruangan tajuk, Blog masih kelihatan baik pada pelungsur web, akan tetapi ia akan kelihatan terlalu buruk apabila dibaca boleh pembaca rss.


Peraturan ke 2.
Tajuk Catatan blog tidak boleh ditulis dalam HURUF BESAR.
Saya tahu ramai orang yang mungkin tidak bersetuju, kerana sebab apa entah.
Sudah menjadi kebiasaan orang Melayu (atau orang Melaka?)suka menulis huruf besar pada tajuk.

Huruf BESAR sesuai digunakan untuk menonjolkan sesuatu, HURUF BESAR juga digunakan untuk akronim.
Sekiranya tajuk ditulis dalma huruf besar, senarai tajuk akan menjadi huduh, dan tidak kelihatan apa yang hendak ditonjolkan.

Oleh kerana "PAS" adalah akronim dan mesti ditulis dengan huruf besar, maka dengan menulis tajuk huruf besar, akan menenggelamkan "PAS"

Dalam adat dunia siber, huruf besar digunakan untuk marah atau menjerit, sekiranya huruf besar digunakan sebagai tajuk, adalah diumpamakan menjerit setiap masa.

Walhal dalam kehidupan seharian kita, kita hanya menjerit sekali sekala.

Andainya seseorang blogger itu tidak menulis tajuk dengan huruf besar, kalau sekali sekala dia menulis huruf besar, kemarahannya itu boleh jelas kelihatan.

Sila lihat sarawho.com ,
Kebanyakan penulis blog yang tersenarai disitu menulis disitu menulis tajuk tidak menggunakan huruf besar sepenuhnya.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit