test

Isnin, 14 Julai 2008

Saya Baru Tahu Gmail Boleh IMAP & SMTP Terautentikasi

Saya baru tahu yang gmail boleh digunakan dengan IMAP. Sejak bila ya kemudahan itu disediakan?
Kampung betullah saya ini.

Sejak subsidi emel yang diberikan kepada saya ditarik balik, maka tercari-carilah SMTP Terautentikasi (Authenticated SMTP) untuk digunakan oleh saya.

Saya sampai ke tahap nak mencari hosting web supaya dapat gunakan SMTP Terautentikasi. Segan pula nak minta subsidi dari orang.

Tapi, rupanya gmail sudah ada sediakan IMAP dan SMTP Terautentikasi.

wah senanglah hidup.

Malam tadi saya cuba, akhirnya berjaya.
konfigurasinya agak memeningkan kepala kerana dia tak gunakan liang (port) IMAP dan SMTP yang biasa.
Untuk terima guna pengengkripsian lain, untuk hantar guna pengenkripsian lain.

cuba punya cuba tak berjaya, rupanya saya tidak hidupkan IMAP pada tetapan Gmail.


Mudahlah hidup saya, tangkap gambar guna telefon dan boleh emelkan kepada sesiapa menggunakan gmail.

Teringat saya , kata-kata "Di" pada satu mensyuarat suatu ketika dahulu....

"Orang dah tak pakai komputer lagi dah sekarang ni"

Hmmm
Zaman orang sudah tak pakai komputer, masih lagi ada aplikasi web durjana yang mahukan IE sahaja?

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit