test

Ahad, 20 Julai 2008

Proton Akan Maju

Chet Det bukan main pertahankan dakwaan dia yang mempersoalkan kenapa MV Agusta dijual terlalu rendah sedangkan ia masih mempunyai aset.

Akan tetapi dia tidak pula menyebut berapa banyak proton akan rugi lagi kalau MV Agusta tidak dijual.

Gevi SPA bukannya terus jual MV Agusta kepada Harley Davidson tanpa memperbaikinya, dan ia juga melibatkan kos.

Kalau Proton boleh baiki MV Agusta dengan baik sehingga terus dijual kepada Harley, lainlah cerita.

Proton rugi bertahun-tahun akibat menternak MV Agusta Che Det tak cerita.

Proton melangkah lebih baik tanpa MV Agusta. Tanpa bebanan hutang MV Agusta yang dicipta sendiri oleh Che Det dan Tengku Mahalel, Proton melangkah dengan bergaya.

Ketika Proton di Zaman Tengku Mahalel dan CheDet, Proton tidak berkembang. Seolah-olah tidak cuba memasarkan Proton ke Luar negara.

Akan tetapi ketika zaman Syed Zainal, banyak usaha dilakukan. Eksport sana sini, menggunakan produk sedia ada.

Persona dan Saga BLM, macam pisang goreng,

Proton juga akan mengeluarkan enjin hydrid.
Tak sabar saya nak tunggu bila dia keluar untuk pasaran tempatan.

Saya optimis dengan Proton.

Hydrofeul?
Saya kurang yakin dengan cubaan nak melengkapkan pembakaran petrol dengan hidrogen tambahan.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit