test

Khamis, 3 Julai 2008

Kol Akara Thiproj Sila Cermin Diri Dahulu

2 Pejuang Islam yang berasal dari Melaka ditangkap di Selatan Thai,

Jurucakap tentera, Kol Akara Thiproj ketika dihubungi berkata siasatan awal mendapati ibu seorang daripada suspek itu mempunyai seorang saudara perempuan di kawasan Sungai Padi.

Beliau berkata pihak berkuasa masih belum menentukan sama ada untuk menahan mereka kerana pembabitan dengan puak pemisah, sambil menambah bahawa tentera, polis dan pendakwa akan membuat keputusan selepas siasatan selesai.

"Bagaimanapun mereka sudah tentu akan didakwa memasuki negara ini secara tidak sah. Kami juga berharap memperoleh lebih banyak maklumat dari mereka di mana ustaz itu berada," katanya.

Bangkok telahpun menggerakkan lebih 20,000 tentera ke tiga wilayah selatan, selain empat daerah di Songkhla untuk menentang kumpulan puak pemisah yang menggunakan taktik gerila dan bom pinggir jalan.

Cerminlah diri dahulu sebelum mengatakan 2 pelajar itu masuk secara tidak sah. Penjajahan Thai ke atas 3 wilayah itu tidak pernah Sah. Ianya tetap penjajahan yang hampir dilupakan.

Saya nyatakan disini, bahawa Perjanjian Bangkok itu juga tidak sah, kerana tiada wakil daripada penduduk Islam wilayah itu.

Bagaimana Kol Akara Thiproj mengatakan mereka memasuki secara tidak sah.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit