test

Rabu, 16 Julai 2008

Datuk Salleh Majid Lebih Hebat Dari Anwar Atau Shabery

Saya tidak mahu ulas panjang perdebatan Anwar vs Shabery. Ianya bagi saya tidak menepati piawaian saya.
Dua-dua belah pihak seolah-olah sudah ada perkara yang hendak disampaikan dan tidak menjawap soalan sebenar.

Perdebatan yang dikatakan baik oleh seberapa pihak itu tidak langsung menyalahkah nilai matawang sebagai punca, tidak langsung menyalahkan polisi matawang ringgit. Mereka berdua duduk dalam tempurung masing-masing. Mereka dua-dua tidak langsung menyalahkan polisi matwang Amerika yang menyebabkan semua ini terjadi.

Anwar dari dulu cerita IPP, semalam cerita IPP.
Shabery pula seolah-olkah sudah bersedia dengan serangan yang dijangkakan tidak mampu dijawap Anwar.

Akan tetapi terdapat perbincangan di Astro Awani selepas perdebatan itu dijalankan, dan ianya penuh dengan fakta.

Datuk Salleh Majid mengkaitkan matawang dengan inflasi, mengkaitkan dengan euro. Dia juga mempersoalkan bagaimana rakyat mempunyai ekuiti kalau tiada duit lebih.

Salleh Majid juga menceritakan tentang Kincir angin, akan "Ladang Kincir" sebagai sumber penjanaan tenaga elektrik, dan mengatakan Nuklear tidak perlu.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit