test

Selasa, 27 Mei 2008

Beri Peluang Rakyat Singapura Membeli Minyak Tanpa Subsidi

Saya serba salah dengan langkah Shahrir Samad yang tidak membenarkan Kenderaan Singapura untuk membeli Minyak di Stesyen Minyak yang berdekatan dengan sempadan.

Ya memang langkah itu boleh mengelakkan kebocoran subsidi. Akan tetapi pada pendapat saya inya terlalu radikal. Cadangan menyekat kebocoran subsidi disokong oleh pemimpin muda PAS johor, akan tetapi mempersoalkan tentang rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.

Saya berpendapat langkah untuk memberi peluang kepada mereka membeli minyak tanpa subsidi adalah lebih baik.

Jadi kita boleh bahagikan mengikut kategori:-
  • Rakyat Malaysia yang berkenderaan Singapura.
  • Rakyat Singapura berkenderaan Singapura
  • Rakyat Singapura yang berkahwin dengan Rakyat Malaysia tapi berkenderaan Singapura.
Adalah agak sukar juga kalau rakyat Malaysia berkenderaan Singapura tidak boleh beli Minyak di Malaysia.

Oleh itu, cadangan saya ialah mengadakan langkah awal ke arah sistem minyak 2 gred RON 99 dan RON 95, tetapi hanya melibatkan ron97 yang sedia ada.

Stesyen Minyak di Johor yang mempunyai Tangki Khas untuk RON92 dan Vpower(shell) boleh dijadikan tempat untuk penjualan minyak tanpa subsidi ron97, sementara RON99 belum dibangunkan, untuk penjualan minyak tanpa subsidi.

Kebanyakkan Stesyen yang mempunyai tangki RON92 yang tidak begitu digunakan, boleh diletakkan minyak RON97, dan kemudiannya ianya dibeli dijual pada harga tanpa subsidi sebagai produk lain.

Sebagai contoh, di PETRONAS, tangki RON92, diletakkan Primax 3, dijual sebagai Primax 3.5 pada harga tanpa SUBSIDI.

Di Shell V-Power dijual pada harga Tanpa Subsidi.

Di Esso Mobil, Sinergy F-1 diletak pada pada tangki Regular 92, dijual sebagai Sinergy F-1.5 pada harga tanpa Subsidi.

Untuk Caltex saya tak berapa tahu produknya.

Jadi, secara automatik, minyak tanpa Subsidi boleh dijual kepada Rakyat Singapura.

Rakyat Singapura bukan mahukan subsidi sangat, mereka mampu bayar. Kita yang tidak memberi mereka peluang untuk beli minyak pada harga tanpa subsidi.

Dari Masa ke masa, Syarikat Minyak Malaysia boleh tingkatkan RON pada minyak tanpa subsidi itu kepada RON 98 atau RON 99.

Maka, kita boleh membuat larangan kepada rakyat asing untuk membeli minyak bersubsidi kerana mereka sudah diberi pilihan untuk membeli minyak tanpa subsidi.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit