test

Jumaat, 16 Mei 2008

ADUN / AP yang Lompat Parti Tidak Semestinya Pecah Amanah

Ada 1001 pendapat tentang isu "lompat parti" walaupun acara lompat itu belum bermula.

Bagi saya lompat parti tidak semestinya Pecah amanah atau tidak bermoral.
Sistem berparti yang membuatkan ianya seolah-olah tak bermoral atau "dibeli".

Apa akan terjadi kalau seluruh pengundi kawasan parlimen atau DUN itu memang mengundi seseorang individu itu tak kira apa lambangpun dia guna.

contoh:
"Saya memang sokong Abu, Abu pilihlah pakatan mana yang Abu sesuai"

Senario lain, Ada pengundi yang mengundi seseorang calon kerana ingin menyokong kerajaan, dia masih sentiasa berada di pihak yang menang.

Sebagai contoh, Ali adalah ADUN BN Perak, Pengundi kawasannya mengundinya kerana menyangka BN akan membentuk Kerajaan Negeri Perak. Akan tetapi BN kalah, Pengundi Ali kecewa kerana dia menjadi ADUN pembangkang, maka terdapat sedikit kesukaran untuk peruntukan itu ini. Wajarkah Ali melompat parti kerana Pengundinya hanya inginkan ADUN di pakatan yang menang?

Sebenarnya, Politik di Malaysia ini tidak mensyaratkan keahlian parti supaya ADUN itu membentuk pakatan yang membentuk kerajaan. ADUN BN perak, boleh sukarela menyertai Pakatan PAS-PKR-DAP tanpa keluar dari Partinya.

Akan tetapi perkara sebegini jarang terjadi kerana pasti ADUN itu akan dibuangkan keahliannya.

Dimanakah demokrasi?
Saya pasti ramai pengundi BN perak, mengundi BN hanya kerana "Nak Sokong Kerajaan".

Saya rasa perlunya ada "Akad" dengan pengundi ketika kempen pilihanraya.
Nyatakan awal-awal, samada taksub pada parti atau, ingin menyertai pakatan yang menang.
Nyatakan awal-awal, ADUN yang dipilih itu samada akan mengikut telunjuk Pusat Partinya atau tidak.

Di Negeri Perlis, ADUN PAS boleh menjadi exco dalam kerajaan Pakatan beberapa ADUN BN dan seorang ADUN PAS.

Jadi dalam senario politik Sabah sekarang ini, Banyak ketidakpuashatian timbul, Isu elektrik pun tiba-tiba timbul, Isu keretapi Usang pun timbul.

Banyak lagi.
Apa salahnya Ahli Parlimen Sabah menyertai Pakatan Rakyat tanpa Menyertai PKR.

ATAU

Ahli Parlimen Sabah keluar dari pakatan dengan BN, tanpa menyertai Pakatan Rakyat, untuk menafikan majoriti mudah BN.

ATAU

Ahli Parlimen Sabah Sarawak keluar BN dan membentuk 1 pakatan yang lebih besar daripada kerusi yang PKR menangi, pakatan itu menyertai pakatan Rakyat supaya Perdana Menteri adalah daripada kalangan Sabah dan Sarawak.

Pengundi Sabah telah memilih Ahli Parlimen Sabah untuk menentukan halatuju Sabah, kenapa tak membentuk pakatan yang lebih baik kalau pakatan dengan BN tidak menguntungkan?

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit