test

Sabtu, 12 April 2008

Permalink, Blogger PAS , Tranungkite dan sekutunya

Saya sebenarnya mushkil kepapa pemblog PAS, atau laman tranungkite atau yang seangkatannya tidak suka membuat pautan ke pautantetap (permalink atau permanent link) dalam sesuatu artikel.

Akan tetapi, mereka membuat pautan ke laman hadapan blog sumber.

Perkara ini amat memushkilkan saya. Apa punca terjadinya sebegini?

Mungkin pengaruh tranungkite terlalu kuat, sehingga membentuk budaya. Tranungkite yang diminati oleh ramai orang PAS, tidak mem membuat pautan ke pautantetap sesuatu artikel.

Kita ambil satu contoh, artikel Ustaz Kamal mengenai Belanda yang tersiar di Tranungkite. Dimana pautan yang diberikan untuk menyatakan sumber ialah

http://www.kbsn26melaka.blogspot.com/

dan bukannya

http://kbsn26melaka.blogspot.com/2008/04/ulasan-isu-filem-belanda-hina-islam.html

Pembaca di Tranungkite hanya memberi komen di tranungkite tanpa komen ditempat yang sepatutnya, iaitu di Pautantetap catatan itu di Blog Ustaz Kamal.

Kalau ada 10 blog atau laman CMS lain yang memaparkan artikel itu, akan terdapat ulasan terhadap Catatan Ustaz Kamal yang bersepah di 10 tempat.

Satu kerja pula untuk mengkaut semua ulasan itu untuk diletakkan di tempat asal. Nasib baik penyelaras ada 3 orang. :)

Tidak dinafikan salah satu punca ialah "Old Blogger Template".
Begitu banyak blog PAS yang menggunakan "Old Blogger Template".

Apa salahnya "Old Blogger Template"?
Templat itu tidak salah, akan tetapi pautan kepada pautan tetap di kebanyakan templat jenis itu hanya terletak pada tarikh dipaparkan dan bukannya pada tajuk.


Kita ambil contoh lain,
Saudara Izo telah membuat salin-tepek artikel Amdang di blognya.
daripada sumber asal...

Akan tetapi Saudara Izo, tidak membuat pautantetap ke catatan di blog Izo.
Mengapa?
Mungkin kerana Saudara Izo tidak menjumpai atau sukar menjumpai pautan tetap artikel di blog Amdang kerana pautantetap artikel itu jauh tersorok di bawah dan tulisannya amat halus.




Di blog Saudara Izo sedikit maju kerana tajuk catatan di blognya adalah pautantetap. Tak hairan kalau dia tak jumpa pautan tetap di blog Amdang.

Jadi siapa yang patutnya membentuk budaya membuat pautan ke pautan tetap?

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit