test

Sabtu, 12 April 2008

Bahasa Melayu Baku dan Integrasi Kaum (zul4kulim)

Buat YB Zulkifly Nordin (atau YB Rahul)

Harap maaf jika tulisan ini menyinggung perasaan.

Bahasa Melayu Baku adalah satu platform di mana, ramai orang dari pelbagai dialek boleh berkomunikasi.

Bahasa Melayu Baku juga boleh difahami oleh menutur Bahasa Melayu dai Brunei, Indonesia, Fotani dan lain-lain.

Bahasa Melayu dialek Johor Riau, yang kini dipanggil sebagai "Bahasa Standard" hanya satu dialek hyang hanya popular di kalangan orang melayu di Semenanjung.

Penutur bukan Bahasa Melayu kebanyakkannya sukar memahami dialek Johor Riau apabila penulisan blog di adaptasikan ke dialek itu.

Tidak perlulah penulisan itu terlalu betul tata bahasanya, akan tetapi cukuplah setakat pembaca/pengundi bukan Melayu boleh memahaminya.

Blog Wakil Rakyat yang dipilih oleh rakyat pelbagai kaum berhak untuk memahami penulisan wakil rakyat yang dipilih, suatu ketika dahulu ketika Tingkatan 5 Bahasa Melayu diwajibkan dulu bagi mereka supaya lulus SPM.

Warga bukan Melayu tidak pernahpun mempersoalkan kenapa Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu Baku juga boleh digunakan untuk berjenaka. 15 tahun lalu banyak jenaka telah dibuat oleh Nizal Mohammed dalam Malaysia Hari Ini.
Berdekek-dekek NurFarahin ketawa.

Saya harap YB Zul dapat menerima teguran ringkas ini dengan hati terbuka.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit