test

Jumaat, 14 Mac 2008

Sistem Demokrasi Bersultan

Hari ini saya ingin menulis tentang sesuatu yang tidak demokratik.

Kita telah lihat bahawa sistem demokrasi British yang kita gunakan ini memeningkan kepala jika tiada parti yang menang mutlak.

Rakyat memilih ADUN dan Ahli Parlimen, tetapi tidak memilih siapa Perdana Menteri, siapa menteri besar, siapa ketua menteri.


Rakyat juga tiada hak untuk memilih samada mahu memilih pemimpin berdasarkan demokrasi versi british, atau demokrasi versi Amerika, atau "Demokrasi Bersultan".

Nasib siapa dipilih sebagai MB adalah ditentukan oleh ahli-politik dan Sultan, tetapi bukan rakyat.

Negara kita tidak mempunyai pilihanraya khas untuk memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri. Itulah sistem british yang diagungkan oleh pendokong demokrasi Malaysia.

Oleh kerana itu, saya mendapat idea untuk mencipta "Sistem Demokrasi Bersultan".

Ianya hanya munkin sesuai untuk negeri yang mempunyai Sultan, dimana rakyatnya amat menyayangi Sultannya.

Adakah ruginya rakyat sesuatu negeri menyayangi sultan, Sultannya menyayangi rakyat, akan tetapi mereka terpaksa mengundi menggunakan sistem demokrasi british.

Suatu ketika dahulu UMNO menguasai politik, sehingga Sultan kehilangan kuasa. Kalau UMNO 2/3 di sesuatu negeri, semua kata putus adalah dari UMNO dan bukannya sultan.

Maka, apabila UMNO ditumbangkan di Negeri Selangor dan Perak, maka Sultan akan lebih berkuasa.

Akan tetapi apa jadi kalau sesuatu negeri mendapat Sultan yang tidak berjiwa Rakyat? maka rakyat sepatutnya boleh memilih jenis demokrasi untuk Negerinya.

Jadi, adalah dicadangkan, sebelum pilihanraya UMUM, akan diadakan 1 pilihanraya lain khusus untuk memilih jenis Demokrasi yang mahu digunakan oleh rakyat. sebagai contoh nama pilihanraya itu ialah "Mandat Sultan".

pilihan yang ada adalah:-
1. Demokrasi British, (pilih adun mengikut parti)
2. Demokrasi Bersultan (pilih Adun tanpa menggunakan logo parti, MB dan Exco akan dipilih oleh Sultan secara langsung)


Maka Negeri yang mempunyai Sultan, akan diadakan pengundian sebegitu.

Jika Demokrasi Bersultan menang berbanding Demokrasi British, maka pada pilihan raya peringkat Negeri.
Setiap parti politik boleh meletakkan calon untuk bertanding di kawasan DUN, akan tetapi, setiap calon tidak dibenarkan untuk menggunakan logo parti, tak boleh berkempen menggunakan logo parti, yang hanya adalah individu vs individu. Mana individu yang baik, akan pasti dipilih oleh rakyat sebagai ADUN. Kemudian Sultan akan memilih MB, timbalan MB, exco, mengikut kesesuaian Sultan.

Sekiranya Demokrasi BerSultan tidak menang pilihanraya "Mandat Sultan", maka sistem pilihanraya british seperti sekarang terpaksa digunakan.

Sempena kelahiran Putera kepada Raja Dr Nazrin, maka kuhadiahkan cadangan "Sistem Demokrasi BerSultan" kepada Tuanku.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit