test

Khamis, 6 Disember 2007

Jangan Benci Kaum India

Semalam saya menulis tentang HINDRAF yang melampau.

Jangan salah tafsir tulisan ringkas saya itu, ianya tidak mengajak pembaca untuk membenci kaum india.

Sekiranya anda meng'generalize'kan HINDRAF sebagai India, anda tiada bezanya dengan HINDRAF melainkan menggunakan label yang lain.

Tatkala membincangkan tentang HINDRAF, ianya hanya HINDRAF.

Tak perlu melabelkan tindakan HINDRAF sebagai tindakan orang india, walaupun memang dalam HINDRAF itu hanya ada orang india.


Sifat perkauman memang ada dalam semua manusia. Itu lumrah manusia.

Orang Melayu ada masalah untuk mengecam muka orang cina
Orang Cina ada masalah mengecam muka orang Melayu
Orang Melayu ada masalah mengecam muka orang India
Orang India ada masalah mengecam muka orang Melayu.

Melainkan kalau mereka rapat atau seseorang itu Popular.

Jangan salahkan sesiapa, dalam soal ini.

Maka seperti biasa manusia sering menggunakan label berasaskan kaum untuk menunjukkan individu dari bangsa lain.

Tak hairan kalau ada individu India jatuh motor, orang akan mengatakan "Orang india jatuh motor", hampir tiada siapa ingin mengetahui siapa namanya.

Suatu ketika dulu, saya cuci gambar di satu kedia gambar, resit itu tertulis "Malay boy"

Ini adalah perkauman yang biasa, lumrah manusia.

Seseorang itu perlu usaha lebih untuk mengecam muka bangsa asing.

Akan tetapi, jika individu India ditangkap mencuri, janganlah dilabelkan berasaskan kaum. Cakap sahaja ada orang ditangkap mencuri.
Apabila ditanya kaum apa, barulah jawap kaumnya.
Tak perlu menjadikan 1 ayat penuh orang dari sesuatu kaum itu ditangkap mencuri.

Begitu juga kes HINDRAF, HINDRAF yang melampau, HINDRAF menderhaka pada negara, memuja Raja Inggeris. Jangan dilabelkan semua Tindakan buruk HINDRAF itu sebagai Tindakan orang India.

Janganlah anda jadi HINDRAF versi kaum anda.


HINDRAF patut diperangi, TETAPI jangan benci kaum India.
Jangan labelkan tindakan penderhakaan HINDRAF itu sebagai Tindakan keseluruhan kaum India.

& Sila baca pesanan Saudara Nik Nazmi :-> Jangan Terperangkap Dengan Sentimen Perkauman.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit