test

Selasa, 9 Oktober 2007

Program Angkasawan yang Membazir?

Apakah benar Program Angkasawan Membazir?

Persoalan timbul apabila 'Angkasawan Negara' hanya dilabelkan sebagai
'Space Participant' ketika terbang ke Stesyen Angkasa Antarabangsa nanti, dan ianya melibatkan kos sebanyak RM 95 Juta, walaupun sebahagian kos telah diserap oleh pembelian Sukhoi SU 30 MKM.

Adakah ia membazir?
Adakah ia membazir?

Sebelum itu kita kaji dulu pembelian Sukhoi SU 30 MKM, yang bernilai USD 50 Juta sebuah.
18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM = USD 900 Juta.

Akan tetapi kalau beli 18 buah F-18 Hornet = USD 60 x 18 = USD 1080 Juta.
Jimat USD 180 juta , lebih kurang RM 648 Juta.
Dengan Harga yang sama (USD 1080 Juta), Kita boleh dapat 21 buah sukhoi Su-30 MKM.

Itu pun F18 Hornet bukan Pesawat Generasi 3.5, ianya hanya Pesawat Generasi ke 3.
Tiada tujahan Vektor. Lupakan Pugachev Cobra.

Tapi kalau nak beli 18 Pesawat yang ada Tujahan Vektor buatan Amerika, iaitu F-22 Raptor, Harganya ialah USD 120 Juta. Kalau dengan nilai yang dibelanjalan iaitu USD 900 Juta, Hanya dapat beli 7 buah sahaja.

Kalau nak beli 18 buah F-22 Raptor, kita memerlukan USD 2160 Juta, lebih dari kurang RM 7 Bilion. Jadi kita jimat USD 1260 juta, kerana tidak memilih F22 Raptor.

Jadi, apalah sangat RM 95 Juta yang dibelanjakan untuk program Angkasawan itu berbanding dengan penjumatan RM 648 Juta kerana tak beli 18 F18 Hornet, dan jimat 4 bilion kerana tak beli 18 F22 Raptor.

Bukankah kita bodoh jika tak dapat hantar angkasawan percuma dengan pembelian Sukhoi SU 30, hanya kerana kita tak mahu berbelanja untuk memilih Angkasawan?

Akan tetapi siapa yang bazirkan sebahagian daripada RM 95 juta itu? Suatu ketika dulu, semua orang di Malaysia boleh memohon untuk jadi angkasawan, jadi ramailah yang memohon termasuk saya. Akan tetapi dari 11,275 yang memohon, hanya 894 sahaja yang disenarai pendek untuk membuat ujian larian 3.5 km, Akan tetapi, Hanya 454 sahaja yang hadir ujian larian dan dari itu . Memang menyedihkan hanya 50% sahaja yang hadir.

Eh ,
Dari 11275 pemohon, 894 orang sahaja diberi peluang, maksudnya 10381 orang tak diberi peluang langsung untuk diuji. Sekurang-kurangnya, kalau suruh semua orang itu lari, kosnya hanya lebih kurang nak anjurkan program sukan sahaja. Kalau semua 11,275 diberi peluang berlari, maka kalau 50% yang hadir, maka tinggal lagi 5500 orang, dari situ boleh dibuat ujian fizik atau ujian lain supaya yang betul-betul layak sahaja dapat jadi Angkasawan. Mungkin kita mempunyai calon angkasawan yang lebih baik dari Dr Faiz dan Sheikh Muzafar? (Atau mungkin mereka tetap terpilih.)

Atau mungkin kita boleh mempunyai Kelab Angkasawan yang mungkin mampu merubah negara pada masa akan datang.

Adakah kita tak mahu membelanjakan RM 95 Juta memilih untuk mencari Calon Angkasawan kerana ditetapkan sebagai Khairy Jamaludin? Itu adalah lebih tidak masuk akal.

Ya, memang RM 95 Juta boleh digunakan untuk membantu golongan Miskin. Bukankah sudah ada peruntukan untuk itu? Malah lebih dari RM 95 Juta, Kalau bijak mengurus perbendaharaan Negara, Pasti dari setiap Kementerian kita boleh salurkan kepada golongan miskin. Kementerian Perumahan boleh buat rumah kos rendah, Kementerian Kesihatan boleh kasi ubat percuma, Kementerian Pendidikan boleh sesiakan asrama percuma untuk Pelajar miskin sekali dengan makan dan minum. Tetapi tak perlukan guna wang untuk RND juga untuk tujuan itu.

Kalau nak gunakan juga RM 95 juta untuk golongan Miskin, terbitkan sahaja buku berkaitan astrologi beri percuma kepada pelajar miskin. Kalau tak hantar angkasawan, buku itu akan menjadi bosan, dan tidak dibaca. Tapi kalau kita hantar angkasawan, buku itu akan menarik minat peajar untuk membacanya. Apatah lagi dengan adanya gigi Dr Faiz dan Sheikh Muzafar yang cantik itu?



RM 95 juta itu boleh membuatkan gigi Rakyat Malaysia cantik, apa salahnya? Gantikan Kempen "Taknak" yang tak berjaya itu dengan kempen
"Kalau Tak Gosok Gigi, Jangan Mimpi Hendak Jadi Angkasawan".

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit