test

Rabu, 31 Oktober 2007

Ganyang DVD Transformers!!

Setelah saya membeli DVD Transformer yang asli, Saya amat kecewa apabila mendapati, ianya tiada sarikata bahasa melayu (Sarikata=subtitle). Walaupun saya lebih suka menghidupkan sarikata bahasa Inggeris pada DVD ketika menonton DVD, namun ketiadaan Bahasa Melayu pada sari kata amat menyedihkan, seolah-olah orang melayu tidak mampu membeli DVD yang asli.


Yang menghairankan pula ialah wujudnya sarikata bahasa Indonesia, Bahasa Thai, Bahasa korea pada DVD itu. Apa perlunya bahasa Korea dan Thai pada DVD keluaran HVN untuk pasaran Malaysia? Bahasa Mandarin memang ada sebagai sarikata, dan ia memang patut ada.

Akan tetapi, tiada vokal bahasa Mandarin pada DVD Transformer yang asli.

Bila saya kaji semula, memang banyak DVD asli yang tiada sarikata B.Melayu, DVD "Happy Feet" untuk pasaran tempatan juga tiada sarikata BM.

Apa sudah jadi?

Hampir semua DVD pasaran gelap, mempunyai sarikata BM. Pengusaha DVD pasaran gelap lebih mengiktiraf kewujudan Bahasa Melayu berbanding pasaran terang.

Adakah pembeli Melayu perlu membeli DVD pasaran gelap dan kemudiannya membeli merchandise yang asli seperti mainan, beg duit supaya 'legalize'kan DVD pasaran gelapnya?

Saya dan Umar, memang peminat Transformer, menanti 6 bulan untuk mendapatkan DVD yanbg asli, tetapi ia menghampakan. Sudahlah terpaksa beli DVD pasaran gelap kerana DVD pasaran terang hanya keluar beberapa hari selepas 6 bulan.

Berbanding dengan DVD 'Cars', DVD Cars bukan hanya mempunyai sarikata bahasa melayu, malah mempunyai vokal bahasa Mandarin.




Kesimpulannya, Ganyang DVD Transformer

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit