test

Jumaat, 12 Oktober 2007

Gambar pos mortem Nurul Nuril Nurin Jazlin Jazmin

Sungguh ku tak sangka Gambar pos mortem Arwah Nurul Nuril Nurin Jazlin Jazmin juga tersebar melalui emel. Namun Seperti biasa, emel-emel yang dimajukan sering tidak sampai kepada saya walaupun sudah menggunakan emel sejak 11 tahun yang lalu. Mungkin kerana saya sering menegur penyebar hoax yang menyebar hoax tanpa usul periksa.

Apa tujuan gambar itu disebarkan? Atas dasar simpati? Sudah tentu ia bersifat 'rotten.com'. Kalau nak tengok gambar-gambar sebegitu, pergilah terus ke rotten.com, tak perlulah bukan peminat rotten.com pun terpaksa melihatnya.

Apa yang hendak dibuktikan? Selama ini jika adanya gambar kontroversi seperti gambar lucah , gambar budak U, gambar macam-macam. walaupun tak elok ditengok, tapi sekurang-kurangnya ia boleh dijadikan sebagai bahan untuk melihat sendiri samada sahih atau tidak. (lihat sekali cukup lah)

Tapi dalam kes Nurin Jazlin Jazmin, Apa yang hendak dibuktikan?
Nak buktikan ia sahih? Nak buktikan ia palsu?
Kalau ianya sahih, bukannya kita boleh tangkap perogol itu dengan memastikan gambar itu sahih.

Dari sudut SEO, (apa itu? ), Tahniah buat Vangardx kerana menang nombor 1 carta SEO 'Gambar Nurul Jazmin". Sehingga melepasai had lebarjalur.

Telah saya katakan Kesliapan ejaan ada kalanya memberi manafaat

0 comments:

Catat Ulasan

Google+ Hasbullah Pit