test

Sabtu, 20 Oktober 2007

Bukan Planet Biasa - Pluto

Terdapat beberapa temuramah dilakukan kepada orang ramai pada cerita animasi KaptenMut yang bertanyakan akan nama-nama planet yang ada di dalam Sistem Suria.

Ianya bagi saya diibaratkan satu cerita sedih kerana masih ramai lagi yang menganggap 'Pluto' itu sebagai satu satu planet. :(

Namun pengacara tidak pula cuba menyangkal bahawa jawapan yang diberikan oleh orang ramai itu salah. Memang sering "Pluto" diingat sebagai salah satu planet kerana ia yang paling jauh.

Namun para sainstis sering berdebat sejak berpuluh tahun lalu tentang status pluto sebagai planet sejak ia ditemui pada tahun 1930.

Ianya terlalu kecil untuk diiktiraf sebagai planet. Ianya dipanggil Planet Dwarf.
Saya tak pasti apa istilah rasmi BM bagi 'Dwarf Planet'. Buat masa ini panggil sahaja 'Planet Dwarf'. (mungkin 'planet kerdil' sesuai)

Ogos tahun lepas, secara rasminya Pluto terkeluar dari senarai Planet Sistem Suria.
Namun ramai orang Malaysia yang tidak tahu, termasuklah orang yang melibatkan diri untuk menemuramah orang ramai tentang planet pada program yang melibatkan Program Angkasawan. Amat menyedihkan.

Terkeluarnya pluto dari senarai planet juga berpunca dari penemuan UB313, dan kemudiannya dinamakan Eris, dimana ianya lebih besar dari pluto, tapi tidak cukup besar untuk dipanggil planet, akhirnya pluto tidak lagi diiktiraf sebagai planet.




Para peminat Pluto yang tak puas hati dengan status pluto boleh ajak ketua perusuh dan pasukan perusuh untuk berdemonstrasi sebegini:-


Rusuhan pluto

Jadi saya ingatkan lagi, beritahu anak-anak, cikgu sekolah, cikgu sains, Ahli Politik, bahawa
Pluto BUKAN lagi 'Planet',
ia hanya 'Planet dwarf' (planet kerdil)

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit