test

Isnin, 10 September 2007

Wiget Pengkomen untuk Blogger

Mungkin ramai pemblog blogger/blogspot yang menjawap, "Nak jimat ruang" apabila ditanya "Kenapa tiada Recent Comment?".

Namun terdapat satu penyeselaian ringkas untuk mengatasi masalah itu.
Pengunjung dan pemilik blog boleh dimaklumkan tentang terdapatnya komen pada blog itu, dengan ruang yang minimum.

Memperkenalkan "Pengkomen".
Pengkomen adalah Wiget kecil yang diadaptasi dari "Recent Comment cap Blogger Template", dimana ia hanya memaparkan nama 20 atau kurang pengkomen terkini pada blog tertentu. Untuk mengetahui pada tajuk mana yang dikomen, perlukan lihat status pada pelungsur Web, (jika dihidupkan).

Rupanya sebegini :-


Tapi kalau, sidebar lebih lebar, mungkin ia rupanya begini:-


Kalau anda hanya memaparkan 10 pengkomen terkini, mungkin dia hanya menggunakan ruang 2,3 baris teks sahaja.

Jadi, Bagaimana nak dapatkan wiget ini?

Hanya perlu salin teks dibawah. (CTRL+A, CTRL+C)



Ubah "GANTIKANSAYA" kepada blog anda. ubah nilai 'a_rc' jika mahu. Tepekkan ke Blogger anda di ruangan 'Layout', Atau lebih afdal, berdekatan dengan iklan kerana mata pengunjung akan berada dekat dengan iklan.

Voila!


p/s: Kalau kawan tanya dimana nak dapatkan Pengkomen, suruh dia klik pada 'kawan sebol'

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit