test

Isnin, 1 Oktober 2007

Sudah seminggu boikot?


Seminggu yang lalu, Boikot bermula, boikot itu menyaran supaya pengguna tidak ke pasar selama dua minggu.

Pada masa yang sama, ramai pengguna memang sudah tidak ke pasar sejak... errr, masa sekolah rendah dulu.

Pada masa yang sama ramai pengguna yang makan di kedai, maklumlah pasar Ramadhan tumbuh melata ketika bulan Ramadhan ini.

Maka, persoalannya Sejauh mana boikot itu boleh berkesan? Kalau pengguna tidak ke pasar selama 2 minggu, walhal dia sudah tidak ke pasar sejak 10 tahun yang lalu, 5 tahun yang lalu. Maklumlah, budaya membeli belah sudah bertukar, daripada beli sayur di pasar, kepada beli sayur di pasaraya gergasi asing yang berdekatan.

Di pasaraya asing gergasi, mereka boleh jual murah sehingga di bawah harga kos. Mereka tahu, kalau beli sayur di pasaraya mereka, pengguna takkan beli HANYA sayur, mereka boleh dapat keuntungan dari minuman berkarbonat yang anak kita nak beli ketika kita hendak membeli sayur di Pasaraya gergasi asing.

Tapi di Pasar Penjual ikan HANYA menjual ikan, penjual ayam hanya menjual ayam.

Cuba undur seketika dulu, mengapa Boikot terhadap High 5 berjaya?

1. Pengguna mempunyai alternatif roti lain.
2. Peruncit boleh turut serta terajang High 5, kerana ada alternatif lain.
3. Sentimen keagaaman menjadi faktor pemangkin dan juga faktor promosi.
4. Pesaing High 5 cepat mengambil peluang untuk masuk ke kedai yang baru lepas terajang High 5.

Berbanding dengan Boikot kali ini, bagaimana peruncit di pasar nak boikot produk yang hanya mereka jual? Peniaga ikan nak boikot ikan, mereka nak jual ikan sardin sahaja?

Adakalanya mereka (MTUC/Pengguna) lupa kuasa peruncit yang juga boleh digunakan untuk memboikot.

Peniaga kedai makan juga dikira peruncit, merekalah yang selalu ke pasar untuk membeli barangan di pasar. Merekalah yang berkuasa untuk memboikot sebenarnya.

Akan tetapi, boikot ini terlalu umum, sehingga peruncit kedai makan tak boleh berniaga. Apa kata kalau boikot itu hanya tertumpu pada sesuatu jenis produk untuk tempoh tertentu, pasti boleh. Melainkan kalau peniaga kedai Nasi Ayam di suruh boikot jangan beli ayam, memanglah tak menjadi. Nak suruh semua orang makan garlic bread sahaja di kedai nasi ayam?

Jadi apa penyelesaiannya?
Penyelesaiannya ialah sesuatu jenis boikot yang boleh disertai oleh golongan peruncit, golongan pengguna kebanyakkannya tak memahami dari mana asalnya sesuatu barang sebelum ia jadi 'finish product'. Pengguna biasa tak faham kenapa pasaraya gergasi asing boleh jual murah.

Jadi, boikot tidak boleh terlalu meluas, mesti spesifik pada produk tertentu atau jenama tertentu.


sebagai contoh kalau nak suruh jangan beli 'ikan' di pasar, berikan alternatif, seperti:-
1. Pengguna HANYA boleh membeli ikan secara langsung dari nelayan.
2. Peniaga ikan di pasar sendiri disaran untuk tak jual ikan dipasar tapi dapat duit oleh persatuan pengguna atau tabung lain.
3. Peniaga kedai makan yang lauknya bercampur-campur , tidak jual lauk ikan tapi jual lauk lain.

Kalau untuk boikot ayam,
1. Peniaga ayam di pasar, kena tutup kedai tapi dapat pendapatan dari tabung lain.
2. peniaga nasi ayam pun dapat sesuatu sebagai ganti pendapatan yang terjejas akibat tak jual ayam.
3. Kena boikot KFC sekali.


Kadang-kadang pening juga, adakah kenaikan ini berkait dengan kekurangan bekalan?

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit