test

Isnin, 20 Ogos 2007

Yet Another Kenduri?

Yet Another Kenduri?
NO!

Bila tiba musim cuti sekolah, maka banyaklah kenduri kahwin, Entah mengapa mereka suka buat kenduri semasa cuti sekolah, lepas tu konflik dengan 4,5 kenduri yang lain. Kalau orang yang jenis rasa terpaksa pergi kenduri, mungkin ada yang boleh pergi salam-salam sehingga 8 buah rumah.

Jadi, untuk mengurangkan bilangan kenduri, sila tiru macam Ustaz Umar.

Ada tiga warna baju pengantin. Kuning, Hijau, Oren.
(Kenapa tiada merah? Harap maaf, encik tersalah blog..)
Kalau pakai baju yang sama warna, takut tersalah isteri.

Kalau ada 8 kenduri kahwin dalam radius 5 km, sudah tentu orang kampung akan mengutamakan yang ini, kerana dia kahwinkan 3 orang anak serentak.

Namun terdapat sedikit maslaha kecil, apabila beranak, nak seiring jalan 3 pasangan & pengapit-pengapitnya sekali tak muat jalan raya.

Mungkin kena sewa Lebuhraya supaya muat.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit