test

Jumaat, 31 Ogos 2007

Lagu 'Merdeka' Di Perimis Perniagaan



Saya lambat dapat idea.
Satu hari sebelum 31 Ogos baru dapat idea nak pasang lagu-lagu merdeka kat Stesyen.

Nak cari lagu dah tak sempat.
Petang 30 Ogos baru dapat idea. Tapi tak sungguh-sungguh cari lagu.
Dok sibuk buatkan "Komentar Terkini" sahaja, tapi tak mengapa, kerana dari laman blog Kak Jie lah saya dapat idea.

Tapi petang ni saya baru jumpa banyak lagu patriotik untuk dimainkan.
Terus mainkan guna iTunes, bila fikir balik, kenapa saya tak peragakan MMV 200?

Barisan Kita, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia, Malaysia Gemilang.


Hari ini, buat pertama kali sejak beberapa tahun lepas, saya tunggu di Kaca TV (atau 'kepala') menonton perarakan. Bukanku bangga sangat dengan 'Kejayaan' Malaysia, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki.
Tapi hanya kerana nak tengok Sukhoi.

Bila Sukhoi tu buat menuver tertentu, memang nampak yang itu sukhoi, sesuatu yang MIG tak boleh buat.
Kata orang tua-tua, "Kalau nak kalahkan Sukhoi, anda perlu Sukhoi yang lain"

Kenapalah kita hanya beli 18 sahaja Sukhoi Su 30 MKM?
Kalau beli 32 biji, boleh 2 orang pergi ke Angkasa Lepas.

Tapi, aku lagi suka syarikat tempatan beli Syarikat Sukhoi tu.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit