test

Jumaat, 31 Ogos 2007

JawapCarian: Ahmad Boestamam di tangkap pada...

Terdapat pengunjung yang memasuki laman blog ini kerana mencari "Ahmad Boestamam di tangkap pada" melalui Yahoo dan Google. Untuk tidak mengecewakan pengunjung, Anda boleh baca sebahagian daripada halaman 183, Buku Merintis Jalan Ke Punchak oleh Ahmad Boestamam sendiri di bawah:-


Jadi kesimpulannya, Ahmad Boestamam ditangkap pada petang, Khamis 1 julai 1948.

Satu lori 'Mata-mata' (Polis) tiba di hadapan rumah Ahmad Boestamam, Setelah mata-mata memastikan dia adalah ahmad Boestamam, maka mata-mata memberitahu Ahmad Boestamam akan dia akan ditangkap. Setelah ditanya akan wujudnya waran untuk menangkapnya atau tidak, mata-mata itu menerangkan bahawa tiada waran diperlukan untuk menangkap sesiapa ketika 'Dharurat'.

Ahmad Boestamam 'disimpan' di lokap polis Tanjung Malim. Keesokan paginya dia dibawa ke ke Lokap Balai Polis High Street Kuala Lumpur, selepas singgah sebentar di Balai Polis Kuala Kubu Bharu. Balai Polis High Street, pada buku itu ditulis dipanggil 'Jalan Bandar'. Mungkin sekarang ini nama dia lain.

Beliau di tahan selama 7 Tahun Genap.

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit