test

Rabu, 25 Julai 2007

Masyghul kerana sukar menghadham bacaan?

Anwar Ibrahim menulis:

Ada yang masyghul kerana sukar menghadham bacaan dan gagal menghabiskan buku. Andainya begitu mulai dengan buku nipis dan ceritera yang menarik minat. Jadikan membaca dan iqra’ sebagai budaya.

Adakalanya saya membaca beberapa judul silih berganti. Kadangkala mengambil masa lama. Ada juga judul yang terbantut sekerat jalan kerana membosankan. Umpamanya karya Umberto Eco, The Name of The Rose memukau sekali. Tetapi karya berikut dari pengarang yang sama, seorang Prof Semiotics dari Universiti Bologna berjudul Faucaults Pendulum amat membosankan.


Kaedah membaca kita mungkin berbeza, Walaupun hampir kesemua buku yang saya beli, saya baca separuh jalan, tetapi itu tidak menggambarkan diri saya sebagai tidak minat membaca.

Mungkin buku tebal bukan rakan saya, mungkin buku bentuk cerita bukan rakan saya. Apabila mengetahui sesuatu buku itu adalah rekaan semata-mata, maka ia tidak menarik minat saya, akan tetapi sekiranya buku bentuk cerita itu dikatakan menggambarkan sesuatu kejadian, maka mungkin saya akan baca.

Sudah sememangnya kaedah pembacaan saya amat berbeza dengan kebanyakan orang (baca: orang kebanyakan), saya suka membaca artikel pendek, dan lakukan analisa lebih lama dari masa yang digunakan untuk membaca sesuatu artikel.

Saya antara yang awal menjadi pengguna google, sejak "Google BETA" lagi, ketika itu logonya un tak cantik. Sebelum itu pencarian internet adalah amat sukar. Sebelum google, saya sering menggunakan altavista punya "advance search". Banyak benda yang tak orang tak jumpa, saya boleh jumpa. Apabila ada google, saya gabungkan dengan dmoz.org supaya apabila saya terjumpa sesuatu saya boleh membuat perbandingan apakan alternatif kepada sesuatu yang saya jumpa itu.

Suatu ketika dahulu, (awal 2000) saya amat suka "Yahoo Full Coverage", apabila saya membaca cerita berita (news story), dengan mudah saya boleh undur sedikit untuk pendapatkan kronologi dan punca kejadian yang menjurus kepada berita semasa. "Membaca" sebenarnya tak sukar, akan tetapi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan memerlukan usaha tambahan.

Zaman sedkit berubah, Terlalu banyak maklumat, terlalu sedikit masa, kandungan untuk dibaca melimpah-ruah (namun kandungan Bahasa Melayu tetap kurang ). Siapa yang suka membaca akan lebih bahagia, siapa yang suka akan bacaan ringan turut bahagia.

Akan tetapi, oleh kerana terlau banyak kandungan, kandungan perlu ditapis supaya kita cukup masa untuk membacanya.

Salah satu bahan bacaan kegemaran saya ialah komen di Slashdot.org , komen di slashdot, dimoderasikan oleh pembaca juga, dimana sesuatu komen boleh diberi mata. Pembaca yang tak mempunyai banyak masa, hanya perlu baca komen yang dimoderasikan sebagai mod +5, manakala yang banyak masa terluang boleh membaca kesemua komen, termasuk yang merepek.

Jadi dengan adanya Web 2.0, cara hidup pembacaan juga berubah, kita dilimpahkan dengan maklumat, akan tetapi terdapat juga alatan untuk mempermudahkan kita mencari bahan bacaan.

Dengan Bantuan Wiki, google "define:perkataan", pembacaan yang berdasarkan"couriousity menjadi amat mudah.

buat masa ini saya cuba membaca http://www.rice.edu/energy/publications/nocs.html
untuk mengetahui selok belok bagaimana negara tertertentu boleh menguasi minyak negara lain. (Untuk menyambung artikel Minyak di Nigeria)

0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit