test

Rabu, 2 Mei 2007

Reviu: DVD Mukhsin



Saya baru beli DVD Mukhsin, satu filem GBSB ar
ahan Yasmin Hamid yang di DVDkan.

Pada harga RM 13.90, inilah satu DVD original yang paling murah pernah saya beli.
Kualiti DVD memanglah tak sehebat mana? ada opsyen Dolby & DTS untuk 5.1 tetapi bunyinya umpama stereo sahaja. bukan stereo biasa, tapi stereo semua saluran.

Bunyi dialog/vokal kedengaran pada speaker belakang. Tak berapa kena tapi bagi saya itu tak kisah sangat, dengan harga RM 13.90, kalau dapat bunyi sekeliling pun OK juga.


Nak kata tak berkualiti, tak juga. Gambar dalam DVD mukhsin adaah berkualiti DVD.
tak nampak pecah-pecah macam VCD.

Bunyi latar bagi "Menu" DVD ini tak sesuai untuk digelungkan. patut disunting supaya apabila ia dimainkan, bunyinya berterusan, tak nampak macam terhenti.

Kandungan tambahan pada DVD itu ada treler, pratonton.
pratontonnya tak berapa elok, tak nampak macam nak promosikan filem pun.

bahagian video muzik umpama ulangan apa yang ada pada cerita,
alangkah baiknya kalau ada

  • 1 video muzik adibah noor nyanyi lagu keronchong hujan
  • "deleted scene", jenaka kesilapan semasa penggambaran
  • interbiu Yasmin Hamid
  • Gambar semasa memang anugerah


GBSB ada keluarkan beberapa DVD, gubra pun ada DVD, mungkin gaya yang sama, gambar OK bunyi tak berapa OK.

Berbanding dengan cicakman, langsung tak keluarkan DVD.
Rasanya filem aksi, lagi baik diDVDkan, dan dibunyisekellilingkan.

Harga VCD Cicakman lebih mahal daripada DVD Mukhsin, tetapi VCD cicakman, disertakan dengan CD Audio Trekbunyi. Membuatkan ia berbaloi untuk dibeli.

Pada harga 29.90, dapat 1 VCD, 8 lagu.
bayangkan kalau VCD sahaja harganya RM 9.90 , harga CD Audio RM 20.
20/8 = harga 1 lagu hanya RM 2.50.

lebih murah daripada lagu yang dibeli daripada PlayNOW ,
lebih murah daripada beli "ringtones" untuk telefon tangan.

Industri perfileman tempatan nampaknya dah bersungguh-sungguh turunkan harga.
tapi tetap ramai yang cetak rompak.


Berbalik kepada Mukhsin, satu perubahan nyata ialah mereka telah menukar Tulisan "MUKHSiN" kepada "MUKHSIN", peka dengan bahasa, tahniah.

Gambar pada blog ini ada Volkwagon warga emas, tak sangka pula sama macam VW bapa orked.



Untuk baca reviu tentang cerita dan lakonan, sila baca reviu lain.
http://strangelycharming.blogspot.com/2007/03/ne-me-quitte-pas.html

http://mono-no-awareness.blogspot.com/2006/08/mukhsin-yasmin-ahmad-film.html

http://technorati.com/posts/tag/mukhsin




0 comments:

Catat Komen

Google+ Hasbullah Pit